Hari ini bersamaan dengan 31 Disember 2014, hari terakhir pada tahun ini. Sejujurnya tak terniat pun nak update blog hari ini, cuma nak baca blog yang ada dalam list aku je. Namun disebabkan orang lain semua tengah bercerita tentang apa yang mereka dah lakukan tahun ini, apa yang mereka rancang tahun depan dan apa yang dah berlaku sepanjang tahun ini, aku pun tetiba rasa nak tulis juga. Sekurang-kurangnya aku tahu la juga serba sedikit apa yang berlaku sepanjang tahun ini (padahal kau tahu meniru orang je kan Takky).
[petikan dari link empunya blog dari blog aku]
Kalau diikutkan pada azam aku tahun 2014 nie, ada 3 azam yang aku sasarkan. Malangnya dari 3 azam tu, cuma 0.5/3 sahaja yang tertunai, selebihnya aku tak berjaya. Mungkin sebab aku terlalu menaruh harapan yang tinggi dan sasarkan untuk benda yang aku sendiri tak pasti boleh capai atau tidak. Aku pun masih tak pasti. Dan kenapa 0.5, bukan ye satu? Sebab impian aku cuma separuh dari 1 azam itu sahaja yang tertunai.
Azam aku yang tertunai ialah azam nombor satu iaitu ingin melancong bersama kawan-kawan aku sebanyak 3 kali. Untuk tahun ini aku memang dah melancong sebanyak 3 kali: Travel Malaysia Truly Asia (aku masih belum habiskan part Johor lagi), Cameron Highland dan Melbourne, Australia. Malangnya dekat sini ialah hanya Cameron Highland sahaja yang aku pergi travel seorang diri tanpa kenalan rapat. Aku pergi sana pun atas tiket balik kampung. Kelab negeri aku buat trip ke sana alang-alang jalan nak ke Selangor, kami singgah dulu ke Cameron Highlands tengok apa yang patut.
Untuk azam yang lain, aku tak pasti akan jadi kenyataan atau tidak pada masa akan datang. Aku ada usaha untuk azam yang nombor 3 tu tapi karya yang aku hantar tu tak berkenan di hati penerbit, rasa macam dianjingkan lagi ada lah. Jalan terakhir nak cari duit masa belajar ni ialah mintak geran dari pensyarah dengan tolong dia buatkan SPSS untuk kajian dia. Dapatlah duit sikit untuk tampung pergi Melbourne hari tu. Azam nombor 2 tu aku tak tahu apa cerita, dah lama tak follow up dengan pensyarah berkenaan tentang artikel yang aku hantar dulu. Tak ada respond agak ye.
Jadi untuk kali ini, aku berhajat nak buat azam yang simple-simple je, senang kata perkara yang memang aku nak capai untuk tahun 2015 dan aku dah usaha sikit tahun ini untuk capainya (sama je kaedahnya macam azam 2014 nie Takky?). Tak kisah la sama ke tak tapi yang pasti apa yang aku nak cuba capai untuk tahun 2015 ini ialah:
- Nak dapatkan lesen menyelam scuba
- Nak bekerja terus di tempat latihan industri aku nanti
- Nak graduasi dari UMT bersama seluruh rakan sekelas aku
- Nak melancong ke Korea sebagai hadiah graduasi aku.
- Dapat update blog setiap bulan, paling kurang ada 12 entri untuk tahun 2015 dan sudah tentu entri tu hanya berkisah tentang cerita untuk tahun 2015 sahaja dan bukannya kisah 2014.
Boleh dikatakan semua hajat aku kat atas nie sememangnya aku dah rancang dari sekarang dan ada sebahagiannya termasuk dalam program anjuran pensyarah aku. Apa yang aku harapkan ialah aku mampu selesaikan semua hajat-hajat aku di atas ni terutama sekali hajat nombor 3 tu sebab ianya memerlukan kerjasama dari semua warga kelas aku. Hajat nombor 1 dan 4 tu, aku memang tengah kumpul duit dari sekarang. Kalau ada sesiapa yang nak sponsor aku, aku amat berbesar hati menerimanya. Hahahahahhaaha, ok tak lawak. Dalam banyak-banyak hajat aku dalam nie, aku cuma sangsi dengan hajat nombor 5. Tahu kan apa sebab ye. Kalau tak tahu, pandai-pandailah fikirkan, hahahahahahaha.
Ok, aku chow dulu. Aku nak copy paste balik ayat aku ni sebelum publish sebab line internet dah putus. Kalau aku terus refresh, confirm ayat-ayat bunga yang aku tulis atas nie hilang macam tu je even ada auto save.
No comments:
Post a Comment