http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Friday, May 30, 2014

Listen, Listen, Listen


Listen, listen, listen
Fenomena yang popular satu ketika dahulu
Kini menghantui kelas aku
Bila orang yang mengajar kelihatan membeku
Sedangkan tarafnya seperti tahu seribu satu

Apa yang kau cuba katakan
Kami akan cuba fahamkan
Apa yang kau salahkan dalam tugasan
Kami cuba kembali perbetulkan
Apa yang kau mahukan
Kami cuba penuhi permintaan
Apa yang kami dapat???
Listen, listen, listen

Kau cakap tak serupa bikin
Sekejap itu, sekejap ini
Sudah buat yang itu, lain pula yang diingini
Apa yang kau mahukan dikala ini?

Bukan niat untuk biadap
Bukan niat untuk menderhaka
Bukan niat untuk memberontak
Tapi niat itu selalu berlegar dalam hati kami
Bukan seorang yang merasa demikian
Tapi seluruh warga kelas berperasaan sedemikian
Hasil dari risikan dan juga gomelan dalam kelas

Namun niat itu cuba ditahan
NIat itu cuba dibatalkan
Atas alasan berkat 
Serta tanda hormat
Kami tidak mahu markah menjadi korban
Kami diamkan perasaan

Sedarlah wahai manusia
Kita akn berjumpa lagi di masa hadapan
Dan kau akan berdepan lebih banyak cabaran
Jika kau selalu cuba tegakkan keinginan
Ibarat keluarkan benang dalam tepung yang kebasahan
Tapi kau cuba tarik dalam paksaan
Akhirnya semuanya tumpah berselerakan
Lalu diri rasa rimas dengan suasana persekitaran
Atas masalah yang kau sendiri timbulkan

Pada masa itu
Baru kau mengerti
Listen, listen, listen
Lebih ditujukan kepada siapa
Adakah kau?
Atau kami?

Nukilan pada 10.37pagi / 17 Mei 2014
Olahan semula pada 8.30pagi / 30 Mei 2014

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...