Hmph, hari ini aku berjaya buat satu kerja rumah yang aku dapat dari pensyarah aku setelah sekian lama tak buat kerja yang kena menulis nie. Walaupun dah hampir sebulan aku masuk belajar balik tapi aura untuk belajar masih tak datang-datang lagi. Adakah patik perlu bertapa di bawah air terjun atau di bawah air hujan??? (mentang-mentang time ko tulis nie tengah hujan kan). Jadi ingat bila bukak blog nie adalah entri-entri baru yang muncul kat muka depan blog nie tapi setakat satu dua cerita je yang baru keluar, tu pun pendek saja. Tetiba tergerak hari nak tengok bahagian komen, masa dok usya-usya tu terjumpa la komen-komen seperti dibawah nie dekat bahagian spam sebab nak tahu juga kot-kot ada komen yang tersalah masuk dekat bahagian situ...
***sori coz gamba yang aku printskrin dah terdelete untuk selamanya,
tak tahu mana pergi backup dia***
Kadang-kadang aku pun tak berapa faham kenapa pesanan-pesanan nie boleh masuk ke bahagian Spam. Best sangat ke komen korang sampai kena spam nie??? (contoh ayat budak tak faham pape pasal spam macam aku). Aku nie bila dah bosan tahap dewa petala langit ke tujuh nie kan (ayat femes masa sekolah wei, jangan buat isu sudah), kadang-kadang aku layankan saja komen-komen yang mengarut nie tapi kena pastikan yang komen tu memang sesuai dengan apa yang aku tulis dan bagi aku komen tu masih boleh aku terima. Kalau korang perasan dekat satu entri tu, aku ada balas komen sorang hamba Allah nie dan....korang tengok dan nilailah sendiri dekat bawah nie....
Jadi pada sesiapa yang terbaca entri nie dan merancang nak tulis komen lagi-lagi macam komen dekat gambar atas nie, aku alu-alukan sahaja asalkan bukan yang merepek-repek. Jangan risau sebab pak cik google sentiasa menyediakan khidmat google translet. Jadi jangan risau dan rasa pelik bila tengok aku balas komen-komen yang sedemikian. hhuhuhuhuhuhuhuh
2 comments:
Biasa lah tu.. komen ni mcm jenis ada.. layan jer :P
kalau komen macam yg kat gamba 2 aku x kesah time traveller...
yg heran ye pasal komen dok promote2 brg ape sume....
langsung x de kaitan dgn entri...
pastu tulis anonymous plak....
better layan komen frans 2...
at least ade la jugak dia letak nama dia dekat situ....
boleh gak guna google translet nk taw apa org 2 ckp.....
Post a Comment