http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Friday, October 4, 2013

Tarikh Lahir Anda Dalam Kalendar Islam???

Salam semua, masa solat jumaat tadi den dengar khutbah jumaat (memang la kena dengar) tentang topik raya haji nie. Memandangkan raya haji makin dekat jadi dia ceritalah tentang amalan-amalan sunat yang boleh dibuat sebelum raya haji masuk macam puasa sunat tu. Memandangkan aku nie tak berapa tahu sangat pasal tarikh-tarikh Islam nie bila masuk, jadi aku pun pergilah jumpa pak cik google nie kejap. Sambil makan nasi puteh + sambal ikan keli, kami pun borak-borak la macam mana nak tahu pasal tarikh-tarikh nie dan bila boleh puasa.

Masa dok tengah-tengah cari tu, tetiba terjumpa website nie (boleh klik dekat perkataan gambar di bawah gambar yang aku letak tu). Website nie aku tak explore habis lagi sebab aku tertarik dengan satu benda nie iaitu "Hijri Date Converter". Kalau dalam bahasa melayu dia "Tukar Tarikh Hijriah" (wow, berjaya juga cuba translet). Jadi aku pun cuba-cubalah letak tarikh hari lahir aku dekat situ dan tak sangka aku lahir bulan pertama Islam iaitu Muharam. Aku tak pasti sama ada sistem ini tempat atau tak dengan tarikh yang sebenarnya tapi bagi aku, ianya dapat membantu sedikit sebanyak pengetahuan kita mengenai bila tarikh lahir kita dalam kalendar Islam. 

[ Gambar: Aku cuba cari tarikh lahir aku dalam kalendar Islam ]

Ialahkan, bagi mereka-mereka yang lahir bulan Februari tu lagi-lagi yang lahir tahun lompat tu lagi la kesian sebab tak dapat nak sambut hari lahir dia tiap-tiap tahun. Jadi dengan adanya sistem nie, si dia boleh la tahu bila tarikh lahir dia dalam kalendar Islam. Jadi tunggu apa lagi, pergi la periksa bila tarikh lahir anda dalam kalendar nie. Mana tahu kot-kot anda nak sambut hari lahir anda sebanyak dua kali, satu untuk tarikh masihi dan satu untuk tarikh hijriah...hihihihihihi

P/s: Akhirnya siap juga entri nie dalam pukul 5.40 petang sejak aku tulis entri nie dari pukul 3 petang lebih tadi, gara-gara susah bebenor nak letak gambar.....

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...