http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Saturday, August 3, 2013

Zirana Bamboo Charcoal Man 3 in 1 Suit??? [Bahagian 1]

[ Gambar: Mohon pinjam kejap wahai empuya FB Zirana ]

Sebenar ye ini kali pertama aku buat entri pasal set produk yang aku guna. Yup, kali pertama aku buat review pasal produk yang aku guna. Dan yup, ini ialah barang yang aku baru sahaja guna tak sampai sehari pun tapi terpanggil untuk tulis review ini....(damn, asal aku rasa macam orang yang tengah baca nie masih senyum-senyum kambing nie??!!!!) Tidak mengapa jika anda rasa ianya satu perkara yang lucu untuk anda baca tetapi aku tetap rasa terpanggil untuk tulis review ini....

Aku ada inbox dekat penjual produk nie dekat FB untuk beli set barang Zirana nie. Jadi setelah selesai segala pembayaran apa semua dan dah maklumkan kepada beliau, aku telah terima bungkusan ini 2 hari kemudiannya iaitu pada 1 Ogos 2013. Aku ingat orang yang jual nie duduk area Selangor, rupa-rupanya orang utara lor. Patutlah sampai lepas 2 hari order. Bila aku tahu je yang barang tu sampai, aku terpaksa cakap kat mak aku yang barang tu orang bagi just sebab aku tak nak dia tahu duit gaji aku asyik dok beli barang yang bukan-bukan memandangkan dia yang terima bungkusan tu dari abei posmen (novel-novel yang berlambak dalam bilik aku pun hasil dari duit gaji aku sebenar ye). Aku tak nak beritahu sebab aku takut mak aku marah since duit gaji aku tu boleh guna untuk benda yang lebih penting lagi....huhuhuhuhu, ampun mak.

Ok la, rasanya cukup la aku bermukadimah disini. Korang yang TERbaca entri nie pun bukan ye nak tahu pasal mukadimah nie pun (asal aku nie asyik perasan yang ada orang baca blog picisan aku nie???). Jadi untuk bahagian 1 ini aku nak cerita sikit tentang SEDIKIT perubahan yang aku rasa masa aku pakai set produk ini dan inilah kali pertama aku rasa gambar kat bawah ini ialah gambar yang memang buat aku rasa segan gila nak mati dan aku akan padam gambar nie dari laptop aku sahaja lepas dah terbitkan entri ini....(segan puye pasal dowh dan naya aku kalau ada orang selongkar laptop aku nanti)

[ Yup, its me dan aku ambik gambar ni selepas seharian aku guna ]

Memandangkan aku terima bungkusan ini semasa aku baru nak pergi kerja, jadi aku mula merasmikan produk ini pada 2 Ogos 2013. Produk nie ialah set kepada 3 jenis pakaian iaitu singlet, seluar pendek dan boxer. Seluar pendek nie korang boleh tengok gambar dia dekat gambar kotak tu dan boxer ye ialah separuh panjang darinya. Jika nak lihat lebih lanjut, korang boleh klik pada link yang aku dah bagi pada gambar yang pertama sekali dalam entri nie untuk lebih lanjut. Untuk percubaan pertama ini, aku lebih memilih seluar pendek dari boxer disebabkan elemen kain dia yang lebih unik dari boxer sebagai pakaian dalam untuk pergi kerja but aku masih pakai t-shirt biasa dan seluar pendek sukan sebagai cover dan uniform kerja aku. Maknanya aku pakai 3 lapis baju pada hari tersebut gara-gara takut orang tahu dan stail aku nie memang jenis pakai baju 2 lapis memandangkan aku nie jenis orang yang kuat berpeluh. Untuk boxer pula aku memilih untuk memakai ye waktu aku nak tidur tapi bukan dengan singlet Zirana, hanya boxer Zirana beserta baju dan seluar tidur aku sahaja. Sebelum aku teruskan lagi, aku nak mintak maaf sangat-sangat sebab aku masih rasa segan nak berkongsi tentang benda-benda dalam nie....(i think u know what i means right?). Jadi apa perubahan yang aku rasa masa pertama kali aku guna???

1. Tak susah mana pun nak pakai set nie.
Walaupun set pakaian nie nampak macam saiz adik-adik (malah aku rasa saiz seluar pendek aku nie dah macam seluar anak sedara aku yang umur 5 tahun wei) tapi ianya elastik dan ianya akan ikut saiz badan korang. Jadi dari saiz kecik yang korang nampak tu masih boleh menutup badan korang yang besar gedabak. Nak pakai pun senang kecuali untuk singlet sebab cara pakainya bermula dari bawah. Kena biasakan diri untuk pakai demi kebaikkan diri sendiri. Cara memakainya ada disertakan sekali dalam bungkusan tersebut.

2. Spare tayar ngaib sementara waktu.
Bila aku dah pakai baju nie dan sedang kerja, aku perasan yang spare tayar di bahagian tepi aku seperti malu-malu untuk tonjolkan diri. Rasa payah sikit nak cubit berbanding sebelum ini. Perut depan pun dan setara dengan dada, tak menonjol ke depan sangat kalau nak dibandingkan bila dah tanggalkan set baju nie. Walaupun masa mula-mula tu aku dok asyik usap-usap perut aku macam orang mengandung 3 bulan but dari usapan tu aku mula perasan pasal spare tayar aku yang ngaib sebentar tu.

3. Struktur badan jadi ok.
Struktur badan yang aku maksudkan dekat sini ialah aku tak rasa yang aku sedang membongkok sepanjang masa, berdiri tegak seperti orang yang berkeyakinan dan kalau nak tunduk pun, aku akan betul-betul tunduk masa nak buat kerja. Perut depan aku ibarat dilarang untuk ditonjolkan pada masa tersebut. Satu lagi perkara yang aku betul betul betul beeetuuullllllll suka ialah aku dah tak jalan CATWALK lagi dah. Sebenarnya bila aku nak pergi ke sesuatu tempat dengan cepat tanpa berlari atau rasa benda yang aku nak buat tu amat penting, kaki aku akan automatik jalan catwalk dan kadang kala aku tak perasan yang aku jalan sebegitu (dah nak cepat, biaq p la nak jalan lagu mana pun kan...) tapi bila aku dah mula pakai set nie, aku dapat rasakan yang cara berjalan aku lain macam, dah macam model laki berjalan wei...hahhahahah (gile perasan aku nie). Kaki aku berjalan dengan lurus dan struktur badan dari bahu hingga pinggul seperti memainkan peranan dan bekerjasama untuk aku berjalan dengan steady bak kata orang putih. Seriously aku tetiba rasa bangga diri kejap. Maaf sebab teriak.

4. Nampak sangat smart bila tuck-in baju.
Aku memang jenis yang tak suka tuck-in baju dalam seluar. Kalau kena tuck-in baju, muka aku akan jadi seperti sebuah objek yang akan membuat orang-orang di luar sana rasa macam nak lempang aku saja. Tapi masa aku tuck-in baju untuk hari nie (gara-gara orang HQ cinema buat sport chek mengejut), nak tak nak memang kena tuck-in baju. Itupun selepas berapa jam aku dok menyorok dalam pawagam, huhuhuhuhu. Alasan aku tak suka tuck-in baju ialah punggung aku nampak besar dan perut aku akan mengeleber keluar dari kawasan pinggang seluar. Since aku nie jenis suka usap perut bila dah mula pakai produk nie, dari situ aku perasan yang perut aku tak mengeleber, kiranya set baju aku nie memainkan peranan untuk menutup keseganan aku tu untuk sementara waktu (walaupun masa tu aku dok meroyan dalam diam tak nak tuck-in baju). Untuk bahagian punggung aku pula masa tu, aku tak boleh nak komen banyak sebab tak boleh tengok, kalau rasa pun aku cuma boleh cakap yang saiz ye mengecil sedikit berbanding dulu.

Buat masa nie cuma ada 4 kebaikan sahaja yang aku boleh kongsi disini. Memandangkan aku baru sahaja sehari menggunakannya, sudah tentu ada beberapa perkara yang buat aku tak selesa masa mula-mula aku pakai baju nie.

1. Dok asyik usap perut.
Macam yang aku cerita dekat atas nie bukan, aku asyik dok usap je perut aku. Bukan ye aku mengandung pun wei. Mungkin sebab aku suka rasa dia puye struktur baju tu dan corak-corak yang timbul dekat baju tu agaknya. (Aku tak tahu macam mana nak terangkan pasal corak tu)

2. Segan nak betulkan pakaian.
Buat masa nie, aku rasa tak berapa selesa dengan singlet nie bagi bahagian kanan aku. Mungkin sebab bahagian kanan aku lebih besar daripada bahagian kiri??? Itu aku tak boleh bagi komen sangat sebab badan aku nie memang pelik-pelik sikit. Bahagian kiri rasa selesa je tapi tak bagi sebelah kanan. Masa dok tengah betulkan singlet aku, aku tertarik dan lepas macam tu sahaja singlet aku dan bunyi "plap" jelas kedengaran di telinga aku. Mungkin disebabkan kain dia yang elastik yang membuatkan bunyi tu wujud dan mujur bunyi tu muncul masa orang tak ada, kalau tak seriously aku rasa malu gile wei.

3. Kena sopan santun bila nak buang air.
Bagi lelaki-lelaki diluar sana, aku harap eloklah korang kencing duduk berbanding berdiri. Selain tak elok dari segi agama, set produk nie juga akan tertarik sama masa korang nak alihkan sedikit baju korang tu supaya baju korang tak basah. Memandangkan baju nie jenis lekap di badan, ianya akan berada di atas perut anda masa nak betulkan seluar lepas dah kencing tu. Aku tak berapa arif sangat la bila cakap bab-bab nie but itulah yang aku rasa. But bila fikir balik, komen ketiga nie bukan pasal keburukan pun bagi aku pun sebab aku memang jenis tak suka kencing berdiri kerana takut nanti air kencing tu terpercik kena seluar dan lepas tu seluar tu nak guna untuk solat tapi tak pasti bagi penguna lain.

Buat masa nie, itu sahaja review aku untuk produk ini. Pada para jejaka yang ingin membeli set ini, anda boleh klik di SINI atau pandai-pandai godek di FB anda. Aku pun kebetulan tertarik dengan iklan Zirana nie bila iklan dia termasuk dekat wall aku. Ok la, itu sahaja entri kita untuk hari ini. InsyaAllah aku akan ceritakan sambunganya bila kesan baik pemakaian ini mula muncul dekat diri aku.

P/s: Jika anda ingin bertanya "Kenapa aku tak beli set 'Singlet Cover Perut' yang banyak promote sekarang nie?" Jawapan aku ialah dia cuma cover untuk badan sahaja dan terlalu banyak iklan pasal tu tetapi mempunyai harga yang berbeza-beza mengikut pengiklan. Itu yang membuat aku musykil untuk beli walaupun aku berminat dengan singlet warna hitam dia.....

6 comments:

Time Traveller said...

Perghhh.. lepas ni mesti badan 6 pack :D
aminnnn

takky said...

ish, x de r....
just nk kecikkan ape yg patut je dulu...
coz la nie byk dah slua dh hampir2 kritikal utk diganti dgn yg lebih besar....
baju pun kejap pakai besar, kejap pakai yg kecik....
buat penuh almari je....

Anonymous said...

Salam. thanks sbb beli dgn saya :)
sy minta izin nak jdkan link blog ni sbg testimoni ye.

p/s : nak tinggalkan no fon kpd sesape yg berminat. hehehe

SMS "ZM" 0176644121

takky said...

wow, siyes ke nie anonimus???

Anonymous said...

So takky.mcm mana dengan result skang pakai zirana ni? Selepas 2 tahun.

takky said...

dah berhenti pakai...
disebabkan saya salah basuh n sidai mungkin....
lama2 dia jadi longgar dan x grip apa yang patut....

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...