Hari ini aku rasa keputusan aku balik ke rumah dari UMT memang hari yang tepat sebab aku baru dapat tahu pada pagi ini yang Fixi ada buat sesi autograph bersama para penulis Fixi iaitu Fatrim, Shaz, Adib & Kak Nadia. Jadi dengan beralasan untuk pergi beli tiket bas untuk hari appoitment dengan doktor pada 16 Mei ini (beli tiket dekat Hentian Putra dulu then baru pergi PWTC), aku ambil kesempatan bawa semua buku yang aku ada untuk mintak tanda tangan mereka semua ini. Dan disebabkan ada 2 buku baru yang belum aku beli lagi dan penulisnya ada disitu, aku buat keputusan untuk tambah lagi koleksi buku Fixi aku walaupun masih ada beberapa buku lagi yang belum dibaca.
[ Sedih sebab tak dapat beg Fixi Ungu even dah beli RM50, sebelum ini dapat je]
Sampai je dekat PWTC, aku kusyuk la perhatikan dekat mana booth Fixi nie dan terima kasih pada abei yang tukang bagi peta booth-booth dalam PWTC tu, aku dapat jumpa akhirnya booth Fixi. Hasil selama hampir 1 jam rasanya aku bertapa dekat situ (tak sampai 45 minit kot, entah tak ingat) inilah hasilnya yang aku dapat dan belajar dari pengalaman sebelum ini seperti yang aku pernah tulis dalam entri sebelum INI, aku guna nama pena aku iaitu TAKKY untuk diabadikan dalam novel yang aku beli.
Buku pertama yang ditandatangan ialah Novel ASRAMA oleh Muhammad Fatrim, tengok dia macam agak pendiam sedikit. Tapi rasanya memang standart macam tu sebab selalunya kebanyakkan penulis nie memang pendiam sedikit kecuali dalam alam maya, sebab tu dorang ada banyak idea (bagi pandangan aku la).
Adib Zainal pula bagi aku agak rock sikit tapi masih dalam kategori pendiam sedikit, cuma tak sediam seperti Fatrim. Mungkin sebab geng-geng dia dah sampai, jadi dia senang nak berceloteh bagi pandangan aku. Dari gambar atas kiri skrin ialah BOLA, KLCC (bawah ye), Zombijaya, KOPI dan bawah kanan pula buku baru beliau yang baru aku beli iaitu Ilusaniti.
Nadia Khan pula bagi aku seorang yang amat sweet 17. Kalau tengok dari jauh nampak macam perempuan biasa-biasa yang bagi aku kalau cari pasal konfem kena belasah tapi bila tengok dari dekat rasa cair je diri nie. Suka tengok dia senyum dan dia jenis yang suka layan peminat tak kira lelaki mahupun perempuan. Tadi dia kagum dengan aku (owh, malu-malu kucing sekejap) sebab boleh guna Buku Fixi ini untuk buat perbentangan subjek Public Speaking aku dan aku bagi tajuk perbentangan itu "Why Youth Love Reading Indie's Novel Nowadays" dan buku CERPEN beliau jadi salah satu bahan rujukan aku. Buku KELABU pula tak dapat nak tanda tangan sebab tertinggal dekat UMT. Sedih gilaaaaaaaaaa...........
Shaz Johar...hmph, karektor dia masih aku tak dapat nak kenal pasti sangat sebab bagi aku dia seorang yang syok untuk berkawan tapi sangat kusyuk bila dah mula buat kerja (but dia petah bercakap sebab perhatikan dari jauh dok potpet-potpet aje dia nie). Sebabnya bila aku keluarkan kesemua buku-buku dia, dia terus diam dan asyik dengan autograph saja. Tak dapat nak berbual sangat, cuma sempat cakap yang buku MENTAL paling best dalam banyak-banyak novel yang dia tulis tu. Cuma aku rasa tersentap sekejap sebab masa aku bagi tahu yang nama aku mintak ditulis TAKKY, dia pelik sebab dengar aku cakap DAKI (fikir positif yang daki dimaksudkan ialah suka mendaki). Ada 7 buah buku yang aku bawa untuk di autograph dan gambar atas kiri skrin ialah buku KLCC, BOLA, KOPI dan bawah kiri pula KOUGAR, TABU, MENTAL dan CERPEN.
Itu sahaja untuk tulisan aku hari ini. Buku Fixi makin bertambah tapi banyak juga yang aku tak baca lagi. Harap lepas habis semester dua nie bolehlah baca mana yang tertinggal dan update review novel dalam blog ini.
No comments:
Post a Comment