Hmph, tak sampai lagi 8 jam sahaja lagi aku akan beredar dari rumah. Esok pagi dah kena bertolak balik ke Terengganu. Aduhai, malas yang teramat sangat. Aku rasa malas gila nak masuk kelas apa semua. Mungkin sebab dah rasa seronok bekerja agak ye. Kadang kala aku cuba ingatkan diri aku yang aku sambung belajar ini pun sebab nak dapat kerja lagi bagus dan gaji lagi up dari taraf Diploma. Namun apakan dayaku bila alasan tersebut telah hancur musnah kerana persekitaran belajar di universiti jauh berbeza dengan suasana persekitaran belajar di politeknik. Budak-budak yang belajar dekat U boleh kata 24/7 berkepit je dengan buku. Tak salah pun korang nak berkepit dengan buku, nak berkepit 24/30 pun aku tak kisah. Cuma yang aku kisah ye pengaruh psykologi korang semua terlalu kuat pada aku dan buat aku rasa macam...
"Apa nie semua orang dok asyik nak belajar je? Korang baca banyak mana pun nanti masa kerja bukan ye guna pun semua tu. Lepas tu semua dok risau bila pensyarah kata syarikat tak akan ambil pelajar yang pointer dia 3.0 @ 3.5 ke bawah untuk bekerja. Kenapa pensyarah cakap macam tu? Buat pelajar-pelajar nie belajar macam kena paksa belajar, seperti mengugut mereka bahawa dapat 3.0 ke bawah jangan harap boleh kerja."
Kes geng aku pula suka buat kerja last minutes. Selamat aku dah cakap dekat budak pompuan yang sem depan aku nak tukar kumpulan lain sebab aku jenis yang bukan kerja last minutes. Tambahan pula masa untuk buat kerja, tugasan dan perbincangan la masa untuk aku belajar semua ini. Kalau dah buat semua benda last minutes, aku dah tak anggap belajar sebab dalam kepala otak aku cuma ada 1 perkara sahaja iaitu ASALKAN SIAP & SEMPURNA (ok, 2 perkara sebenar ye). Aku nie bukan ye pandai mana pun, nak belajar pun nak mesti kena tegur dengan budak bilik sebelah baru la terhegeh-hegeh nak bukak buku. Kalau tak dok tengok cerita je la jawab ye, buat la apa syarat dan kaedah pun tapi kalau tak ikut...semuanya hampeh. Kata nak tengok cerita pada malam jumaat dengan sabtu je tapi balik kelas tengok cerita juga. Mujur dah buat langkah awal iaitu simpan semua cerita-cerita-cerita-cerita (banyak gila bagi aku sebab stok dari sem 5 dekat poli pun ada yang tak tengok lagi) dalam external hardisk dan simpan dalam loker. Buat masa ini yang ada dalam laptop pun cuma variety show korea (yup, aku minat variety show korea..any problem?) yang berpuluh-puluh episod tapi itu pun gigih juga nak tengok sebab nak hilangkan stress dan nak ....(semua itu alasan, memang aku nak habiskan pun sebenar ye).
Namun rasa ye lepas ini dah selamat sikit kut sebab satu variety show dah habis di tonton semua episod ye. Rasa ye peluang untuk rajin membuka buku dan buat nota kecik sedikit demi sedikit dan buat tugasan yang pensyarah bagi akan dilaksanakan dengan lebih mudah rasanya lepas ini. Hmph, tetiba rasa rindu sangat dengan cara belajar dekat politeknik dahulu. Waktu dulu aku kutuk-kutuk politeknik sebab sistem pentadbiran dia yang buat aku bengang, bukan sistem pembelajaran dia (well...bila pensyarah poli dan student jadi satu kepala, semua jadi ok coz yang penting kita pandai buat kerja). Tapi dekat sini, buat masa sekarang ini masih belum nampak semua perkara itu. Pensyarah terlalu skema buat masa ini, terlalu ikut peraturan dan protokal sangat-sangat. Rasa rimas pula buat ye. Ada juga nampak beberapa pensyarah yang boleh ngam dengan pelajar but malangnya kuasa mereka tak besar seperti yang pensyarah skema-skema ini.
Sekian dari aku yang mengeluh tak habis-habis.
Sekian dari aku yang mengeluh tak habis-habis.
P/S: aku nak cerita aktiviti yang aku buat sepanjang cuti nie sebenar ye, tapi lain pula yang aku tulis. Hmph lagi dan lagi....
No comments:
Post a Comment