http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Thursday, November 15, 2012

6 = Hilang

Sebenar ye aku tak tahu nak buat apa hari ini sedangkan assignment punyalah berlambak-lambak nak kena buat, rasa malas tu membuak-buak dalam diri. Esok pula plan nak pergi tengok cerita Lisa dekat wayang sebab tertarik dengan gaya gedik Lisa tu sendiri. Comel dan sweet je bila dengar dalam radio masa dia cakap gedik tu (cair sekejap). Nak update blog pun malas sebenar ye tapi bila dah tak tahu sesangat-sangat nak buat apa, nak tak nak update je la cerita baru yang baru aku baca dalam lebih kurang 1 minggu lepas.


Sinopsis Buku
Shaziman - seorang jurulatih peribada happy-go-lucky tiba-tiba buntu bila adik kembarnya HILANG secara misteri. Nota ugutan yang diterima membuatkannya cuba menjejak tanpa melaporkan kepada polis. Dengan bantuan Jo, seorang penyiasat peribadi, Shaziman mencari adiknya berdasarkan beberapa catatan buku nota...

Khairani - seorang gadis kampung yang berhijrah ke Selangor untuk mencari rezeki dan mengejar cinta. Dia perlukan banyak wang untuk mengubat kakaknya yang diserang penyakit ganjil. Setelah dia berjaya memenangi hati Zed, lelaki yang meminatinya, Khairani diperkenalkan olehnya kepada dunia baru dimana wang boleh diperolehi dengan mudah....

Shaziman dan Khairani ditakdirkan bertemu dalam satu situasi yang janggal. Shaziman tidak menyedari bahawa Khairani menyimpan kunci tentang misteri kehilangan kembarnya.

Sinopsis Aku
Mengisahkan tentang kehidupan Shaziman yang porak peranda disebabkan oleh kehilangan adik kembarnya, Amir (tak silap aku namanya). Dia terpaksa berhempas pulas selesaikan segala temu janji adiknya dahulu sebelum memulakan penyiasatan mencari ke mana hilangnya Amir. Temu janjinya dengan Jo, seorang penyiasat persendirian telah membantunya membuka jalan untuk mencari ke mana Amir bersembunyi atau disembunyikan kerana nota ugutan yang terdapat di dalam bilik Amir menyatakan demikian. Dengan bantuan dan kepakaran Jo serta tuah muka Shaziman yang sama seperti Amir, bermulalah penyiasatan mereka berdua mencari sebab dan ke mana Amir menghilang sehingga terpaksa menempuh saat-saat bahaya pabila maut mula menyapa mereka.

Khairani, seorang pekerja kilang yang baik dan comel (bagi aku) mula memikirkan di mana dia perlu mencari wang pabila menerima panggilan telefon dari ibunya yang berhajat memerlukan lebih banyak wang untuk perubatan kakaknya. Disamping itu juga dia selalu curi pandang dekat Zed, pekerja lelaki yang juga bekerja ditempatnya kerana selalu membayangkan yang Zed itu ialah balaknya. Pucuk dicita, ulam mendatang bila awek (bekas awek lebih tepat lagi) Zed meninggal, peluang Khairani untuk mengatal terbuka luas. Tanpa disangka, Zed telah membawanya ke dunia dimana Khairani mudah untuk mendapatkan wang walaupun dari segi batiniahnya Khairani menolak tidak mahu melakukannya.

Tanpa disangka, mereka berdua bertemu dan mula membongkar cerita disebalik kehilangan Amir. Di situ juga terbongkarlah rahsia dan sejarah lampau mereka yang terlibat di dalam insiden ini yang membuatkan siapa mereka sebenarnya kini. Melalui rahsia ini jugalah Khairani mula sedar mengapa dia diperkenalkan kepada dunia barunya itu dan Shaziman mula sedar mengapa adiknya didapati hilang pabila sedar akan sejarah tersebut.

Pandangan Aku
Untuk cerita ini, aku cuba dah bagi tahu yang Amir selamat. Kenapa aku spoilkan cerita ini? Sebabnya aku nak beritahu anda semua bahawa si Amir ini BODOH. Kalau aku jadi abang dia, memang aku akan maki-maki dia habis-habisan (tengok bertapa seriusnya aku) sebab menyusahkan hidup orang lain sahaja. Dah pandai buat tapi tak reti nak tanggung, lepas tu suruh orang lain pula yang selesaikan masalah dia. Macam mana si Amir tu boleh terlepas dari guni tu pun aku tak tahu. Yang aku pasti kalau Amir nie jadi adik aku, memang aku yang HILANGkan dia. Habis cerita di situ.

Untuk watak Khairani pula, ada rasa sedih dan seram di situ. Watak dia bagi aku amat penting dalam novel ini (dah kata kunci kepada persoalan kan). Melalui watak ini, sedikit sebanyak kita mula sedar kadang kala ada sesetengah hamba Allah itu akan berubah dari baik ke buruk walaupun benda itu untuk kebaikkan orang lain. Kadang kala kita tak sedar mengapa orang yang kita anggap baik boleh jadi jahat sebegitu sekali. Mungkin bukan niat dia untuk berbuat demikian tapi keadaan memaksanya bertindak sebegitu sekali. Selagi ada peluang untuk pergi ke jalan yang lurus, ambillah peluang tersebut.

Overall boleh aku katakan yang HILANG is awesome and one of my favorite novel dalam keluaran Fixi. Jalan cerita yang menarik dan tertarik dengan gaya penceritaan dia yang berselang-seli bab dia. Bab ganjil cerita pasal Shaziman dan bab genap cerita pasal Khairani. Walaupun mereka dah bertemu, bab penceritaan tersebut masih lagi berlaku. Memandangkan aku dah terspoilkan ending cerita ini yang bagi aku tak penting (geram punya pasal), baik anda semua baca isi cerita ini sebab isi ye yang mula mengajar anda tentang serba sedikit kehidupan di luar sana...

2 comments:

Mrs Nurul said...

takleh blahhh emosional siot u ni ! hahahaha

takky said...

hihihihi....
mmg kdg2 org len ingat saye gile bila bace novel/komik n tgk movie....
law xde jerir or ngilai mmg x sah...

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...