http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Friday, November 2, 2012

5 = Licik

Ini review pertama aku yang ditulis di UMT. Saya dengan ini mengucapkan terima kasih banyak-banyak sebab UMT sediakan sambungan internet secara maya kepada komputr bimbit saya (hahaha, sengal punya ayat). Apa-apa pun, novel Licik merupakan novel ke-2 yang aku baca dekat UMT selepas Bola (masih tak tahu macam mana nak buat review Bola) dan yang paling manis ye aku baca Licik dalam perjalanan balik raya haji yang lepas. Nak tahu review aku, tak nak dengar aku merepek-repek bukan-bukan? Ok, fine....


Sinopsis Buku
Dari usia yang muda, Fira diajar oleh ayahnya Alias untuk menjadi con artist yang sempurna. Dari Skim Cepat Kaya ke skim melarikan wang hantaran, semuanya disapu. Namun kemewahan dua anak beranak ini tergugat apabila seseorang muncul untuk membalas dendam. Mereka terpaksa lari dan bersembunyi.

Peristiwa hitam yang berlaku merubah Fira menjadi seorang yang kejam. Dia kembali ke ibu kota untuk memulakan langkah baru namun bertemu pula dengan Sadik, si penipu kacak.

Bersama Sadik sebagai mastermind - dan juga kekasih - Fira mencipta dunia baru yang serba mewah tapi berbahaya. Ketika satu persatu mangsa tertipu, ada sesuatu yang mengintai si LICIK yang jelita itu. Apakah penipuan Fira akan bertemu pengakhiran?

Sinopsis Aku
Mengisahkan Fira yang dari kecik lagi sudah diajar menipu oleh bapak ye Alias demi meneruskan kehidupan mereka. Bila dah terbiasa menipu, mereka jadikan amalan sehingga ke perhubungan kelamin sampailah adik kepada bakal mak tiri Fira datang menuntut bela. Kerana ingin menyelamatkan diri, mereka lari merentasi laut (kot tak silap) dan hutan belantara (yang nie betul) dan mula berdendam dengan bakal adik ipar tersebut namun masa belum mengizinkan.

Beberapa tahun berlalu, Fira dan ayah ye yang mula sakit akibat kesan melarikan diri dulu mula kembali ke ibu kota selepas Fira "berasmara ganas" dengan kawan boss dia atas bantuan seorang lelaki yang pakar buat sijil, ic dan paspot palsu (lupa nama dia apa). Namun semua tu terbongkar apabila boss baru Fira tahu tentang perkara tersebut (nak tahu macam mana dia tahu, pergi baca novel nie).

Setelah berkenal-kenalan dengan seorang lelaki kacak bernama Sadik yang mempunyai kerjaya sama sepertinya, mereka menjadi pasangan penipu (versi baru bagi Mr. & Mrs Smith) yang sudah berkahwin tapi belum nikah (pahamkan maksud ye?). Apa pun pasangan ini memang sweet sangat masa tu.

Namun semuanya berubah selepas mereka bertemu semula dengan bakal adik ipar Alias. Apa yang akan terjadi selepas itu, siapakah yang mengintai si LICIK ini seperti yang dikatakan oleh sinopsis novel? Jangan lupa baca novel ini sambil makan kepok leko ek...(lapo la plak)

Pandangan Aku
Not bad la cerita dia tapi yang penting kena fahamkan betul-betul sebab cerita ini banyak teknik imbas kembali dalam kadar ayat dan perenggan yang panjang. Mula-mula aku pening juga baca (dah baca time orang lain tidor, memang la pening) sebab kejap baca masa dia besar, kejap masa dia budak kecik...last-last malas aku nak layan dengan kronologi waktu dan masa cerita ini. Just follow je cerita ni sampai habis.

Antara part-part yang aku sedar dalam cerita ini ialah KARMA itu wujud dan kita senantiasa di-PERHATI-kan oleh orang lain serta manusia itu sememangnya TAMAK. Part-part inilah yang mengujudkan novel ini. Jalan cerita dia boleh tahan la tapi aku bertahan untuk habiskan baca novel ini disebabkan ke tiga-tiga part ini. 

Masa aku baca bahagian ini, baru aku sedar yang banyak cara orang-orang diluar sana boleh menipu demi hidup dan juga tamak. Kalau tak silap aku, penjenayah ini digelar jenayah kolar putih sebab ianya lebih kepada jenayah dalam bidang Korporat dan juga berstatus tinggi (tak silap la, aku bukan ye ingat sangat). Tapi yang aku pasti ada 2 cerita jepun yang berkaitan dengan penipuan hebat ini iaitu Liar Game (akan buat review coz baru habis tonton before raya haji lepas) dan juga Kurosagi (yang nie dah lama sangat tengok). Dua cerita ini memang best dan penipuan ini semuanya bermula dengan bersebab, bukan kerana suka-suki nak menipu orang tak tentu pasal.

Memandangkan novel ini ada 2 orang penulis, jadi tak hairan la kalau ada babak-babak cintan-cintun. Cuma yang aku harap si "pengintai" tu boleh jadi pasangan sehidup semati dengan Fira. Kenapa bukan Sadik yang jadi pasangan Fira? Sebab si Sadik pun kerja ya menipu ke? Korang baca la sendiri tapi yang pasti tingkah laku pengintai tu seperti paparazi yang bersopan santun bagi aku. Penuh dengan tatatertib dan sewaktu dengan ye....suka suka suka ><

Ok la, insyaAllah esok aku akan baca novel Hilang atau Kasino sebab esok ada orentasi course dan sesi pagi cuma ceramah dalam dewan kuliah sahaja. Kena standby jajan dan air untuk baca dengan kusyuk sekali nanti...(baca sambil buat gaya macam tengok wayang ok tak?)

2 comments:

Julie Anne said...

Oemji! Baru baca review ni.
Thank you ya! :)

takky said...

ur welcome....
eh, penulis dia rupa ye...
(malu2 kucing)
><

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...