http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Wednesday, October 3, 2012

Mata Ini Tersangat Penat

Sepanjang yang aku ingat, aku tak pernah rasa mata aku sepenat ini....rasa sangat layu mata aku tapi tak boleh nak tutup, tergantung sahaja. Bukan aku nak cakap pasal benda negatif atau nak cakap perkara yang bukan-bukan, tapi tugasan mengemaskini nama ahli kumpulan budak kelas aku buat mata aku SANGAT PENAT. Serius sangat-sangat, aku tengok movie lama-lama pun tak rasa sepenat ini. 

[ Gambar: Aku rasa macam ini bila terlalu banyak senarai nama di depan aku untuk subjek yang berbeza]

Buat masa ini, baru 3 subjek yang aku siapkan nama ahli kump untuk kelas aku. Ada lagi 1 subjek sahaja yang belum buat lagi dan malam ini kena siapkan sebab esok pensyarah nak semua nama ahli. Kebanyakkan budak kelas aku lepasan STPM, jadi aku berfikiran positif bahawa mereka masih belum biasakan diri untuk terlibat dengan perkara-perkara sebegini....terutama bila pensyarah mahu 1 kumpulan = 6 ahli @ 5 ahli @ sewaktu dengannya. Aku? Masih tetap ikut kumpulan yang asal walaupun berlainan subjek, aku cuma tarik orang lain masuk kumpulan aku (ada 5 ahli dalam kump, cuma tarik seorang kalau perlukan). Disebabkan budak lelaki banyak yang belajar di OVERSEA (means budak laki kelas aku sikit), kebanyakkan mereka malas nak cari kumpulan dan hanya berharap budak perempuan tarik mereka masuk kumpulan mereka....bagi aku ianya "erk" ~_~;

Bukan nak mendabit dada atau nak perlekehkan mereka, tapi kenapa bukan kita (merujuk kepada lelaki) yang mula mencari dahulu kumpulan? Bila dah dapat ahli, buat senarai nama dan bagi dekat aku....senang bukan? Kalau tetiba ahli korang tolak korang disaat-saat akhir, itu aku tak boleh nak buat apa la. Yang pasti korang bergerak dahulu cari kumpulan, bukan kumpulan yang cari korang. Anda bukan ye VVIP mahupun BOSS BESAR yang perlu dicari tambah-tambah lagi sekarang ini baru sem pertama, orang masih lagi belum kenal siapa kita yang sebenar ye...

Jadi nasihat aku pada mereka-mereka diluar sana, bila nak buat kumpulan tu silalah bergerak dahulu. Biar kita yang cari orang, bukan orang yang cari kita. Bila kita dah tunjukkan kebolehan kita dan orang dari kumpulan lain tahu, tak mustahil anda akan dipilih dengan segera pada masa akan datang. Percayalah cakap den sebab perkara ini berlaku semasa aku belajar di Diploma dahulu.

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...