http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Sunday, May 20, 2012

TAK SABAR YE.....

INI KALI PEERTAMA AKU TULIS ENTRI PAKAI PHONE. AKU DAPAT RASAKAN YANG AKU SEDANG BELAJAR ABC SEBAB AKU BOLEH TULIS HURUF BESAR SAJE. NAK TULIS HURUP KECIK BOLEH TAPI NANTI DIA JADI BESAR BALIK. JADI LEBIH BAIK AKU TULIS HURUP BESAR SAJE. DAH LA APA YANG AKU TULIS TAK KELUAR DEKAT SKRIN, DIA CUMA KELUAR DEKAT KOTAK ENTRI SAJA. JADI MEMANG KENA CEK SELALU LA EJAANOYA BETUL ATAU TAK. PAYAH NAK BETULKAN DAN MALAS SERTA AKU TAK BOLEH NAK TULIS KAT PDRENGGAN LAIN. SENANG CITE ESOK AKU PANJANG-PANJANGNA BAN

^^^^^^^abaikan^^^^^^^

Korang baca ke apa yang aku tulis dekat atas tu? Kalau dapat baca bagus la tapi kalau baca tapi tak berapa faham ataupun salah faham, harap maaf dan harap bersabar. Biar aku jelaskan awal-awal kenapa jadi macam nie. Sebenarnya ayat kat atas tu aku taip pakai hanphone aku. Malangnya hasil yang aku dapat hanyalah perkara seperti diatas. Agak tension juga la sebab aku nak taip tentang gambar di bawah ini tapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan + penat jari aku dok menaip. Dengan tak boleh nak tukar ke huruf kecil dan tak dapat nak padam ayat dengan betul kalau ejaan salah....aargh, stressssssssssss (bak kate Gary)

[ Gambar: Pertama kali konvo dalam hidup aku ]

Apa pun hari ini telah berlalu dengan jayanya. Walaupun sedih sebab dah habis belajar dekat situ, tak sempat nak ambil gambar bersama-sama dengan kawan dan para pensyarah, apatah lagi ramai geng-geng asrama aku yang konvo pada hari semalam (hari konvo kami berbeza sebab jabata a.k.a fakulti kami lain-lain) dan juga patung doraemon yang aku dapat masa konvo (1 pakej dengan bunga konvo) telah disula dengan batang kayu yang panjang, aku tetap bersyukur sebab dah habis belajar dengan jayanya. Sekarang ini cuma tunggu nak sambung belajar ke peringkat ijazah pula. Lepas itu konvo lagi dan harap ' Pisang  Tak Berbuah Dua Kali '. Aminnnnnnnnnnn ^O^

p/s: aku sempat tulis karya aku dalam handphone masa pengarah dan orang-orang di atas pentas sedang berucap. tak sangka pula ngam-ngam masa antara aku menaip dengan masa ucapan mereka. c(=

1 comment:

░♥si lampu neon♥░ said...

alhamdulillah !! takky dah abis azab dahhh hahaha...alhamdulillah =) syukur takky

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...