http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Friday, May 18, 2012

Ahli ekslusif dan Duit Tips

Sejak laptop aku rosak nie, aku dah jarang nak update blog. Nak buka pun kena curi-curi dan juga tengok ada orang tengah guna pc rumah ataupun tak. Disebabkan pc rumah aku tak ada siapa-siapa guna, aku ambil kesempatan ini untuk update entri aku (macam nak buat pengumuman raya la pula). Jadi tajuk aku hari ini ialah ahli ekslusif dan duit tips......

Sebenarnya aku tak cadang nak gunakan duit tips yang aku dapat sepanjang aku kerja buat masa ini (setelah gunakannya sebanyak 3 kali kerana terdesak). Tapi panggilan telefon semalam membuatkan aku rasa aku terpaksa menggunakan duit tips ini untuk perkara yang bagi aku perlu kerana aku terdesak. Kalau tak terdesak, masakan aku nak guna juga kan? (ayat budak sekolah rendah betul aku nie)

Semalam semasa balik dari poli aku kerana ada raptai konvo, aku menerima panggilan daripada pihak RHB Bank yang mengatakan aku telah terpilih menjadi salah seorang ahli ekslusif mereka bagi insurans mereka. Pada mulanya aku tak tahu nak kata apa, tanpa berfikir panjang aku terus buka pembesar suara (on speaker maksudnya) telefon bimbit aku sebab nak kawan-kawan aku dengar sekali dan beri pandangan. Pada mulanya aku ingatkan mereka kata jangan terima tapi aku salah faham dengan isyarat yang mereka berikan. Jadi aku dengar sahaja isi-isi penting yang disampaikan oleh penyampai maklumat tersebut bersama kawan-kawan aku.

Kawan aku memberi pendapat supaya aku terima pakej tersebut memandangkan pakej itu bagus dibandingkan dengan bank-bank lain, bukan calang-calang orang yang boleh mendapat ahli ekslusif ini dan kelebihan yang diberikan sememangnya berbaloi. Malah kawan aku juga bertanyakan beberapa soalan bagi aku (padahal aku tengah susun soalan yang sama macam dia dalam otak aku masa tu) pada penyampai maklumat dan dia tahu ini bukan satu penipuan. Memandangkan perbualan kami di rekod, jadi persetujuan aku bagi perkara ini tidak perlu ditandatangani tetapi hanya perlu berkata secara lisan sahaja. 

Perkara ini tidak aku maklumkan kepada keluarga aku sebab masa aku baru sahaja buka tajuk topik ini, mak aku terus tarik muka dan tonton cerita koreanya. Jadi aku terus diamkan diri dan tanya pendapat kawan aku yang dengar perkara ini bersama-sama aku. Soalnya sekarang kemungkinan besar aku terpaksa menggunakan duit tips aku buat sementara waktu ini sebelum awal bulan depan sebabnya pemotongan duit aku bermula pada bulan ini dan duit dalam bank aku sekarang tinggal dalam RM200++ sahaja. Nak kata dia potong banyak tu tak adalah tapi aku dah rancang nak tinggalkan RM10 sahaja dalam bank aku untuk bulan ini sebab nak gunakan dalam urusan konvokesyen aku pada ahad ini (tak sabar ye)

[ Duit tips aku sekarang ini ]

Tapi bila fikir balik pasal ahli ekslusif tu, aku fikir 2 kali sama ada nak guna duit dalam bank ataupun tidak. Duit tips aku cukup sahaja (lebih dari cukup sebenarnya) nak guna untuk konvo nanti tapi rasa sayang la pula nak guna sebab aku dah kata dekat diri aku yang aku akan gunanya bila aku dah berhenti kerja di tempat kerja aku sekarang ini. Tapi lagi bila fikir yang plan RHB ini baik demi masa depan aku, aku rasa aku terdesak lagi untuk gunakan duit tips aku. Kalau boleh aku nak konvo aku ini jadi bermakna bagi aku sebab aku bayar semuanya hasil titik peluh aku, bukannya duit ibubapa aku (walaupun adalah sikit-sikit duit dorang yang terselit dalam nie). Tapi sejujur-jujurnya biarlah kos yuran konvo, penginapan dan gambar konvo nanti aku yang tanggung. Ibubapa aku cuma perlu tanggung kos minyak dan makan sahaja (2 benda ini aku masih belum mampu nak tanggung lagi).

Apa-apa pun aku tak sabar nak konvo hari ahad ini. Aku harap semuanya berjalan dengan baik atas izin Allah dan jubah konvo aku dalam keadaan baik dan nampak segak bila aku memakainya walaupun jubah aku saiz XL (aku nak pakai Saiz L tapi akak jubah tu tak bagi sebab nampak senteng bila aku pakai, tension aku). Kepada kawan-kawan aku yang konvo pada hari sabtu nanti (kami konvo hari lain-lain sebab jabatan atau fakulti kami berbeza waktu konvonya), aku mintak maaf banyak-banyak sebab tak dapat datang ke konvo korang kerana aku perlu kerja pada hari itu. Sampai sini sahaja untuk hari ini, aku nak pergi sarapan sambil korek tabung aku.

1 comment:

Mrs Nurul said...

takky haha..takpe nnt ada rezeki boleh tanggung makan minum ayah dan mak pula...

=)

phone ape takky guna tu ? ambii sampai semua huruf besar tu !!


so ap perancangan lepas habis belajar ni takky ?

i suke u punya tabung tu haha rasa nak korek je hahaa...

ape plan RHB yang menarik sgt tu...call dari bank mmg i reject terus haha

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...