http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Monday, April 9, 2012

Ulasan Aku Bagi ABPBH 25....Ini Pendapat Aku Sahaja Ye...

Salam semua, rasanya ini kali ke-2 aku tulis ulasan mengenai Anugerah Bintang Popular Berita Harian dalam blog aku. Nak tulis ulasan banyak-banyak pun tak boleh sebab aku tak tengok 100% siaran ini dan nama-nama calon pesertanya yang diumukan cepat sangat, jadi aku tak sempat nak tulis namanya dalam entri ini. Jadi aku cuma akan tulis nama pemenang sahaja, diharap siapa yang baca ini boleh maafkan aku sebab ada beberapa nama artis yang aku tak tahu sama ada betul atau tidak ejaan nama dia dan juga nama lagu yang dipersembahkan walaupun aku tahu lagu tersebut. Namun begitu nasib aku agak baik sebabnya aku terjumpa entri senarai calon-calon peserta masa tengah cari gambar untuk diletakkan ke dalam entri ini. Dengan ini, aku mempersembahkan calon-calon peserta serta pemenang bagi kategori-kategori yang dipertandingkan..

 
[ Gambar: Antara artis-artis yang tersenarai dalam ABPBH25 ]

Artis Duo/Berkumpulan Popular
1) Sixth Sense
2) Bunkface
3) Fourteen
4) 3 Suara (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor)
5) Meet Uncle Hussain feat. Hazama

Artis Baru Wanita Popular
1) Izara Aisyah
2) Najwa Latiff
3) Neelofa
4) Nur Fathia Latiff
5) Tasha Shilla

Penyampai Radio Lelaki Popular
1) AG
2) Aznil Hj Nawawi
3) Faizal Ismail
4) Halim Othman
5) Khairil Rashid

Artis Komedi Wanita Popular
1) Aliza Abdullah @ Enot
2) Didie Alias
3) Kenchana Dewi
4) Norkhiriah
5) Sharifah Shahira

 Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 
Datuk Sheila Majid

Pengacara TV Lelaki popular
1) Aznil Hj Nawawi
2) Ally iskandar
3) Awal Ashaari
4) Faizal ismail
5) Zizan Razak ( Zizan Raja Lawak)

  Artis Baru Lelaki Popular
1) Aeril Zafril
2) Awi Rafael
3) Beto Kusyairi
4) Hazama
5) Johan Ariff As’ari (Botak cerita Juvana)

 Pelakon TV Lelaki Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Fauzi Nawawi
4) Fizz Fairuz
5) Remy Ishak

Penyampai Radio Wanita Popular
1) Abby Fana
2) Fara Fauzana
3) Linda Onn
4) Raja Azura
5) Sharifah Shahira 

Pengacara TV Wanita Popular
1) Cheryll Samad
2) Fara Fauzana
3) Sharifah Shahira
4) Nurul Syuhada
5) Raja Azura

Artis Komedi Lelaki Popular
1) Afdlin Shauki
2) Along Cham
3) Johan Raja Lawak
4) Nabil Raja Lawak
5) Zizan Razak

 Anugerah Khas Seri Perak
 Datuk Siti Nurhaliza

 Penyanyi Lelaki Popular
1) Aizat
2) Anuar Zain
3) Black Mentor
4) Faizal Tahir
5) Hafiz

 Pelakon Filem Lelaki Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Bront Palarae
4) Shaheizy Sam
5) Syamsul Yusof

Pelakon TV Wanita Popular
1) Fasha Sandha
2) Nora Danish
3) Rozita Che Wan
4) Scha al Yahya
5) Tiz Zaqyah

Pelakon Filem Wanita Popular
1) Diana Danielle
2) Eja
3) Lisa Surihani
4) Maya Karin
5) Yana Shamsudin

Penyanyi Wanita Popular
1) Alyah
2) Najwa Latiff
3) Shila Amzah
4) Stacy
5) Yuna

 Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 25
Aaron Aziz

[ Sumber: Semua senarai calon yang aku dapat masa nak cari gambar untuk entri ini ]

Ulasan aku bagi anugerah kali ini:
  1. Lagu pembukaannya, aku cuma minat lagu yang Siti nyanyi sahaja plus baju yang dia pakai nampak lawa. Yang lain-lain tu nampak biasa sahaja.
  2. Kenapa tiba-tiba Raja Azura dengan Sharifah Shahira pergi kacek orang timur? dengan pakai baju macam tu sekali? Rasa macam tak kena dengan tema majlis tu sebab yang lain semuanya pakai sut n baju yang berlabuh-labuh kainnya sampai lap lantai...
  3. Semua terkejut masa Zizan diumumkan pemenang. Mana tak ye, tiba-tiba sahaja Pak Nil naik atas pentas. Ingat dia salah dengar, rupa-rupanya dia nak ucapkan tahniah dan nak beri sendiri trofi kategori tu pada Zizan sebab dah kalahkan dia (sesuai ke statement aku nie, ok la)
  4. Sedih gila statement Fizz Fairuz masa dia menang kategori Pelakon TV Lelaki Popular: "Saya tak ada fans, macam mana boleh menang?" Kesian pula aku tengok masa itu, selamat Aaron Aziz datang dari belakang dan tenangkan si Fizz Fairuz nie.
  5. Lagu Ombak Rindu dendangan Hafiz dan Adira ada selingan drama sebelum dan sesudah lagu yang dilakonkan oleh Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Suriani. Gaya Lisa marah memang aku suka sebab dapat rasa perasaan dia. Masa babak terakhir drama pendek tu, akak aku cakap yang Lisa nak lari pergi ke Yusri sebab sedih tengok Maya dengan Aaron. Boleh pula dia cakap macam tu, macam-macam. Hahahahaha
  6. Aku tak berapa berkenan dengan rambut Johan masa dia nak ambil trofi anugerah dia. Itu sahaja.
  7. Najwa Latif nampak comel masa nyanyi lagu Seiring Sejalan dengan Black. Masa tu juga aku rasa dia ada undurkan diri sedikit dari Black masa Black mula nak pegang muka Najwa Latif. Be careful najwa...
  8. Baju Siti masa buat persembahan lagi lawa berbanding baju semasa dia nak naik pentas ambil trofi dia.
  9. Baju Didie Alias besar sangat. Masa mula-mula pakai baju macam burung merak, lepas tu pakai baju macam tudung saji (itu yang aku dengar mereka cakap). Pakai baju pelik-pelik pun, aku tabik sebab dia larat pakai baju macam tu walaupun badan dia nampak kecik.
  10. Suka dengan baju Fazura malam tu. Dia seorang sahaja yang pakai baju lain daripada yang lain. Tak ada kain meleret-leret sapu lantai, smart saja. ^O^
  11. Dalam banyak-banyak lagu yang dinyanyikan dalam anugerah ini, aku paling suka lagu yang dinyanyikan oleh Azlan dan Ziana Zain. Power gila suara mereka berdua.
  12. Kenapa Nora Danish kalah? Huhuhuhuhu =(
  13. Aku rasa kalau cerita Ombak Rindu tak ada, mesti Yana Shamsudin menang kategori ini.
  14. Yuna menang?! Yeah!!!!!!! tapi dia tak ada pula masa nak ambil trofi =(
  15. Kelakar sangat masa Mas Idayu nyanyi sebab ada budak tidur masa dia nyanyi lagu. Kamera terakam budak tu tengah tidur masa dia dah habis menari dengan Botak. Kesian budak tu...^^
  16. Baru aku perasan yang Fara Fauzana dengan Aaron Aziz sahaja yang dapat dua trofi dalam ABPBH 25 ini.
Itu sahaja ulasan aku untuk anugerah ini. Aku ingat nak review anugerah ini dekat blog Kak Z sebab selalunya dia ada buat ulasan untuk kategori ini tapi kali nie dia tak ada buat pula, mungkin esok agaknya baru dia update.....

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...