http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Tuesday, April 10, 2012

Ad Units Nuffnang Berjaya Di Letak Blog Aku

Salam semua, hari ini aku rasa lega sangat-sangat sebab akhirnya usaha aku untuk letak iklan dari Nuffnang akhirnya berjaya juga. Bagi sesiapa yang baru sahaja pasang Nuffnang dalam blog anda, ada tiga jenis iklan Nuffnang yang ada dalam tu iaitu:
  1. Iklan di header (maksudnya di kepala blog)
  2. Iklan di sidebar (maksudnya di tepi blog, selalunya belah kanan)
  3. Iklan di antara post entri (dah jelas maksud yang aku tulis ni)
Iklan yang nombor 1 dan 2 aku dah berjaya buat semalam, yang tinggal iklan nombor 3 sahaja. Selepas aku cari cara nak pasang iklan ni dalam internet (dah banyak kali buat tapi asyik tak jadi je sebelum ni), akhirnya berjaya juga aku lakukanya tapi ada syarat bila dah siap buat Iklan yang nombor 3 tu, kena buat entri baru untuk pastikan iklan antara post entry itu keluar atau tidak nanti. 

 [ Gambar: Aku betul-betul harap yang iklan antara post tu jadi ]

Sebab itu aku tulis entri ini, nak pastikan yang iklan antara blog tu keluar. Kalau keluar maknanya aku dah berjaya buat satu kerja yang aku jarang buat sebelum ini. Kalau tak berjaya juga, terpaksalah aku bertapa depan laptop nie lagi. Sampai sini dahulu sebab aku nak publish dan tengok jadi ke tak iklan yang aku buat ni, kalau jadi untuk entri yang akan datang aku akan buat tutorial cara nak pasang iklan Nuffnang sebab ada sebahagian daripada tutorial yang aku buat ni ikut kepala aku sendri, bukan ikut tutorial yang orang lain ajar. Hihihihihi c(=

2 comments:

Anonymous said...

saya nak tanya sy dah cuba letak iklan nuffnang tp x keluar eh?? berkali2 dah cuba

takky said...

aduhai...
dah lame sebenar ye tak update psal nufnang kt dlm blog nie....
jadi x dpt nk komen lebih lanjut....

paling latest yg aku taw....
iklan puye html tah apebenda kod dia dah berubah...
so better ko tanya pihak nufnang sendiri untuk lebih lanjut...

masa aku pasang benda nie...
dia ada tunjuk tutorial n guide...
maybe sekarang masih ada kat c2...

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...