http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Saturday, October 29, 2011

Mencari Makna Diri Di Langit Yang Tinggi.

Langit kian mendung dinihari,
Seakan memahami hati yang sepi,
Mendung bertukar ke titisan hujan kali ini,
Seakan mengerti pahitnya hidup ini,
Langit cuba sembunyi di sebalik sinar mentari,
Namun titisan hujan menguasai diri ini.

Langit berkata kepada diri,
"Adakah pelangi akan muncul sebentar lagi?"
Namun makin ditunggu makin lebat ia turun ke bumi,
Langit mula pasrah akan diri,
Lalu mula tunduk akan takdir hakiki,
 Menganggap semua ini karma atas kekhilafan diri,
Yang mungkin pernah dilakukan sebelum ini,
Namun dia berfiikir sehingga kini,
"Apakah silap yang pernahku dilakukan sebelum ini?"

[ Gambar: Berjalan seorang diri, 
di tempat yang sunyi, 
merenung kembali kisah diri, 
apakah silap yang pernah aku lakukan sebelum ini?]

Saat diri dibasahi hujan,
Tanpa disangka pelangi datang hulurkan tangan,
Hujan yang lebat mula beransur pelahan,
Kerana pelangi hadir menceriakan keadaan.

Sedang langit berrgembira sakan,
Dentuman guruh membawa pesanan,
Sumpahan langit masih melekat di badan,
Iaitu kegembiraan yang dimiliki tidak akan berkekalan,
Langit cuba menidakkan penyataan,
Dan bergembira apa yang ada dihadapan,
Tanpa menghiraukan suasana persekitaran.

Sumpahan itu kejam,
Kegembiraan itu juga kejam,
Kesedihan itu ternyata benar,
Gembira langit hanya menyedihkan alam semesta,
Sedih langit hanya mengembirakan alam semesta.

Langit mula akur pada takdir,
Langit mula akur pada karma,
Langit sedar gembira manapun langit,
Hati langit hanya akan menjumpai kesedihan diri,
Kerana langit telah disumpah,
Kegembiraan langit ialah kesedihan alam,
Kesedihan langit ialah kegembiraan alam.

nukilan pada pukul 8 malam/26 oktober 2011,
dan edit pada pukul 1.07 pagi/29 oktober 2011.

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...