http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Tuesday, May 3, 2011

Rambang Mata Demi Mencari Teman Hidup Sementara...

Setelah berhari-hari aku asyik lupa dan malas nak post tentang ini, akhirnya malam ini langsai juga hutang aku. Sepatutnya aku post tentang entry ini 28 April yang lalu iaiu hari khamis tapi biasalah kalau dah bertangguh kerjanya, memang kerja tu payah benar nak jalan. Jadi sementara aku tengah rajin ni, aku nak simpan kenangan aku semasa pergi ke Pesta Buku 2011 di PWTC. Perjalanan ini dianggotai 5 orang lelaki (2 orang padanya mulanya) dan 5 orang perempuan.

Sampai sana lebih kurang dalam pukul 12.30 tengah hari, aku dan juga kawan² aku dah berkumpul dalam pusat beli-belah The Mall (tak silap aku la, nampak sangat ko JARANG berjalan takky). Tunggu punya tunggu, last² kami start ronda dalam PWTC dalam pukul 1 petang lebih, itu pun lepas kami dah tak larat nak menunggu kawan kami yang lain sampai. Takut buku yang best-best habis agaknya dalam fikiran aku. Sampai sana kami terus ke bahagian Karangkraf dan kat situ semua dah berpecah. Aku dengan kawan lama aku, Kacang nama glamor dia pusing² dekat situ dan aku cari buku Ramlee Awang. Aku memang minat buku² dia terutama buku Tombiruo, Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir. Selamat kacang pun minat jugak tulisan dia tapi dia tak beli banyak pun buku Ramlee sebab dia dah ada koleksi buku Ramlee (hampeh sungguh) but at least ada juga orang yang sama minat dengan aku, jadi tak ada la rasa bosan sangat nak berjalan-jalan dalam tu.

[ 9 Nyawa dan Rayyan Fantasi karya Ramlee jadi pilihan aku, habis dalam RM 31.80 tak silap aku ]

Habis berjalan dalam booth Karangkraf, aku dan kacang cari geng² kami yang lain tapi semuanya dah lenyap. Sebab itu aku cakap semuanya dah berpecah, pantang nampak novel la katakan. Kacang ajak aku pergi booth lain sebab dah tak ada benda nak cari dah, lagi pun buku yang kami nak sudah beli. Jadi kami pusing² la dekat kawasan situ. Aku ajak dia pergi tingkat atas sebab mana tahu kot² ada lagi buku² best. Aku nak cari buku budak sekolah (which means cerita budak asrama ataupun cerita kehidupan pelajar) tapi nasib tak sebelahi aku. Masa nak pergi tingkat satu nampak la beg² anime yang lawa, ramai gila yang pakai wei. Aku dengan muka tak malunya tanya sorang student yang ada dekat situ mana nak dapat beg tu. Budak tu pun tunjuk la arahnya sambil tangan macam nak bersilat. Aku dan kacang yang baru sampai dekat tingkat satu (kami tanya budak tu dekat atas tangga a.k.a elavator masa tu) turun la balik sebab nak beg punya pasal.

Sampai² sana, ambik kau berapa banyak aku borong komik. Memandangkan beg yang lawa² tersebut daripada booth Gempak Starz, memang booth tu penuh dengan pelajar² sekolah (owh, lupa pula nak cakap yang ramai budak sekolah ada dekat situ sebab atas nama rombongan sekolah) menengah. Aku dengan kacang lepak dekat situ adalah dalam 30 minit ke atas, cari komik² yang best dan nak tahu aku beli komik apa? Ni dia....

[ Ada 9 komik semuanya. 2 komik remaja dan 1 set = 7 komik bersiri. Habis dalam RM 55 ]

Ambik kau takky, sampai RM 55 kau kebas komik aje. Aku dengan kacang sengih satu sama lain bila kami sampai dekat kauter. Kacang beli 3 komik dengan satu t-shirt =  RM46. Memang sengih je la kami bila sampai dekat kaunter tu sebab orang lain beli tak ada banyak macam tu (masa kami beli la). Akhirnya barang percuma yang kami nak dapat juga. 

[ Dapat 3 beg, 2 botol air dan 2 set fail (tapi mana ntah fail aku tu), aku rembat 2 beg sebab aku beli komik lebih....hihihihii c( ; ]

Misi mencari buku budak sekolah diteruskan dengan pergi ke tingkat satu. Sampai dekat sana, kacang beli buku latihan UPSR untuk adik dia dan aku masih mencari-cari buku budak sekolah tapi masih tak jumpa. Lepas pusing² sampai tingkat 2 dan terserempak balik dengan geng kami tadi bersama balak mereka (tapi dorang tak sedar pun sebab kusyuk cari novel), kami cari balik buku budak sekolah. Aku heret si kacang ni teman aku sebab takkan nak jalan sorang² pula. Last² aku beli novel ' Tuan Rumah Pembantu Rumah ' dekat booth Kaki Novel. Dekat situ aku habis dalam RM 18 tak silap aku. 

Lepas beli novel tu, aku dengan kacang terus turun dan duduk dekat kerusi di bahagian pentas sambil lepas lelah sebab penat berjalan. Aku bagi sms dekat geng yang lain beritahu yang kami dah selamat borong semua buku yang kami nak. Dalam pukul 3 petang @ 4 petang, kami (aku, kacang, 2 budak perempuan dengan balak dorang) borak² dekat situ dan aku terserempak dengan 2 budak junior aku. Kenalah usik dengan kawan aku sekejap sebab junior aku tu salam cium tangan aku but I feel happy because they still remember me & respect me as their senior (mood = bangga sekejap, hahahahaha) . Habis berjalan, kami lunch dekat McD (lunch pukul 4 lebih, tak leh bla betul) dan sambung lagi borak². Sambil tengok barang² yang kawan² beli dekat PWTC, masuklah cerita sikit tentang topik kerja dan sambung belajar.

Jadi apa kaitannya buku² yang aku beli ni dengan tajuk aku? Sebenarnya aku beli semua buku² nie sebagai teman aku masa dalam hospital nanti. Memandangkan aku akan dibedah lagi pada 4 Mei ini, aku tak nak rasa bosan duduk hospital lama², sebab itulah aku beli novel dan komik banyak². Harap² semua buku tu dapat cover bosan aku masa dalam hospital. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebabnya 1 novel =  1 hari jika aku baca dengan kusyuk dan komik² tu aku rasa dalam sehari aku boleh habiskan, insyaAllah.

Jadi, pada sesiapa yang tetiba baca entry nie, korang beli buku apa pula masa pergi PWTC? Kongsi-kongsi la dan pada sesiapa yang beli novel karya Hlovate, aku betul² cemburu dengan korang sebab buku budak sekolah yang aku nak cari ialah hasil karya Hlovate. Kakak aku yang pergi hari Sabtu pun dapat beli buku Hlovate dan sekarang aku tengah baca buku ini. Memang sesuai buku ni dengan aku sekarang ini dan aku rasa terpukul bila baca novel tu especially bila baca ayat ini:

" The man who decided to change on the 12th hour died on the 11th hour "

Nak tahu kenapa aku terpukul? Korang baca la novel ni, memang bagus terutama kepada para remaja dan belia pada zaman ini. Aku tak tipu, serius bagus. 

4 comments:

Mrs Nurul said...

dah balik dari hospital ke belum ? harap cepat sihat..=) boleh aku pinjam komik?

takky said...

salam kak neon...
baru je kua dari wad smalam...
kene tahan 1 weks...

nk pinjam??
no hal...
hihihii

Mrs Nurul said...

welkam bek fren., ! i hope you recover from your operation..

takky said...

thankz kak neon...
n happy teacher day..

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...