http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Wednesday, November 3, 2010

jangan cepat mengalah boleh tak??!!!!

disebabkan satu masalah yang mudah sahaja...
kawan aku dah mengalah...
geram betul aku dibuatnya tadi...
hilang fokus aku nak ulangkaji subjek pengurusan...
(janggal pulak sebut management dalam BM but praktis dulu)

kami sepakat nak ulangkaji dekat pusat sumber...
sebab kalau belajar kat bilik.....
nanti jadi 'STADO' = study + tidur....
jadi dengan semangat ye kami pergi la ke sana....
walaupun aku terlambat sikit...
hihihii.....

dalam perjalanan ke sana.....
sorang kawan aku nie tanya pasal kalkulator....
(petang tu dia ada exam, kita gelar dia MAMAT)
aku cakap la kalkulator aku ada kat bilik....
lepas tu dia senyap aja...
(law orang dah senyap, aku angggap tak ada pape la)

bila dah setengah jam study kat pusat sumber....
tetiba dia cakap dia kemungkinan untuk jawab soalan dengan baik....
adalah TIPIS sebab tak ada KALKULATOR!!!!
aku dengan direct ye terus berleter bagi nasihat dekat dia....
(ok, kene rojak jugak la entry aku kali nie)
ada la dalam 30 minit macam tu....
dalam masa yang sama....
aku suruh kawan aku yang lain telefon roomate mamat nie...
sebab kalkulator dia kat budak tu...

khidmat nasihat aku menaiki satu tahap lagi...
bila kawan aku cakap kredit dia tak ada...
tanpa pikir panjang....
aku terus bagi handset aku kat kawan aku....

****beberapa minit kemudian****

lepas aku cakap dengan budak tu dan decide tempat....
(kawan aku cakap budak tu tak nak so aku cakap sendiri)
aku bagi tahu la mamat nie.....
dan offer handset aku kalau2 roomate dia telefon....
dia cakap tak ape....
sebab dia nak terus pergi dewan periksa...

walaupun dia tak berterima kasih kat aku....
tapi aku tak kesah.....
sebab satu bencana dah selesai.....

sebelum dia pergi....
aku cakap kat dia....

"lain kali jangan cepat mengalah!!! He just ur JUNIOR ok...."

mamat tu hanya senyum dan pergi macam tu aje.....
dan aku??
sambung balik belajar macam biasa.....
dok tengah-tengah belajar....
tetiba aku tanya satu soalan bodah kurang bijak...
dekat kawan2 aku yang lain....

"kenapa aku bagi korang guna handset aku tadi ye???"

mereka hanya ketawa.....
membiarkan persoalan aku begitu sahaja....
tanpa aku tahu jawapannya....

MSG: aku terpaksa tulis entry nie banyak kali sebab laptop nie tetiba hang di tengah jalan dan automatik save ye tak berjalan....huhhuhuhu, tension sungguh aku.....

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...