http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Friday, August 20, 2010

Dugaan ialah SATU PENGHARGAAN

Kadangkala kita berhadapan dengan saat2 SUKA...
Dimana senyuman kita tidak akan hilang dari muka...
Bergelak ketawa dan bergurau senda...
Adalah salah satu cara untuk meluahkan perasaan gembira...

Kadangkala kita berhadapan dengan saat2 DUKA...
Dimana perasaan marah, kecewa, geram dan seumpamanya...
Mula menguasai diri kita yang kerdil dan hina ini...
Menyebabkan orang lain turut menderita dan terseksa...
Tanpa kita sedar mahupun tidak...

Pada saat aku ketika ini...
Dugaan demi dugaan datang berkunjung didalam hidup ini...
Dimana aku berasa terseksa ditimpa begitu banyak musibah...
Dan berhadapan dengan saat2 yg sukar dan pedih...
Kerana melibatkan orang lain...

Namun setiap yang berlaku ada hikmahnya...
Dan aku akan cuba mencari hikmah disebaliknya...
Kerana tanpa hikmah...
Semua dugaaan ini tidak bermakna...

Dugaan ialah satu penghargaan...
Dan kita sebagai manusia patut menghargainya...
Kerana tanpa dugaan, hidup ini tidak akan bermakna...
Yang hidup di alam yang semakin berpura-pura...

Dugaan ialah satu penghargaan...
Dan kita sebagai insan yang lemah patut menghargainya...
Kerana tanpa dugaan, kita akan lebih terseksa...
Tanpa kita sedar yang hidup ini ada satu warna sahaja...

Dugaan ialah satu penghargaan...
Dan kita sebagai khalifah patut menghargainya...
Kerana tanpa dugaan, kita tidak akan sedar...
Sama ada hidup berseorangan ataupun tidak...

Bagi aku yang sentiasa berjumpa dengan kenangan pahit....
Dugaan sememangnya satu penghargaan yang BESAR bagiku...
Kerana tanpa dugaan, aku tidak akan sedar...

APA MAKNA KEHIDUPAN...
APA MAKNA PERSAHABATAN...
ADAKAH IANYA SEKADAR GURAUAN...
MAHUPUN SATU KENYATAAN...

Cuma satu ku pinta...
Aku harap dugaanku ini...
Tidak akan berpindah milik...
Kepada orang yang aku kenali...
Mahupun orang yang aku sayangi...

Memandangkan keadaanku ini yang tidak sesempurna dulu...
Aku harap ia tidak menjadi satu halangan...
Untuk aku teruskan perjuangan...
Kerana dugaan ialah satu penghargaan...

(post nie ditulis pada 18 OGOS, pukul 10.15 malam kat mirc. word laptop aku but kene salin post nie dlm blog coz x leh approved tadi...post nie ditulis kat mirc. word coz line internet tak ade mase 2 n serang hamba Allah dari kelas aku dok meroyan tak tentu pasal nak duet asgm. kami padahal ahli2 lain buat donno aje menyebabkan jantung aku mula buat hal balik)

2 comments:

FahruL said...

jge kesihtn..
jgn lupe..
wlupn bnyk dugaan, care yg terbaek utk mghadapiny adlh kembali kpdNya..
pndg sesuatu pda sudut yg berbeza..
spya dpt memantpkn lgi pemikirn..

takky said...

thankz fakhrul 4 ur advice...
n thankz coz still read my blog...
^^

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...