http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Tuesday, April 17, 2012

Periksa Barang PC Fair Anda

Untuk maklumat anda semua, aku baru sahaja menghantar semula external hard disk yang aku beli di PC FAIR KLCC 2012 petang tadi. Aku pulangkan kembali sebab kapasiti yang ditawarkan tak sama dengan yang ada pada external tersebut. Hari ahad ,15/4 aku beli external hard disk yang di jual di KLCC sempena PC Fair yang berlangsung disana. Aku memang dah rancang nak beli external seperti yang aku katakan pada entri yang lepas iaitu entri ini. Bila dah beli dan balik dalam keadaan gembira walaupun dapat tawar menawar dalam harga RM1 sahaja, aku terus tidur (macam tulis laporan la pulak) dengan kepenatan yang teramat sangat akibat ponteng makan ubat hari itu. Huhuhhuuhhu..

Malam tu aku periksa external aku lepas ambil gambar barang-barang yang aku beli di PC Fair dengan niat nak buat entri malam tu tapi bila aku periksa balik, aku dapati yang kapasiti yang ada dalam external tak sama. Apa, tak sama? Aku periksa kotak external, resit dan kapasiti external tu lagi sekali dan memang betul, tak sama. Kapasiti external yang aku beli ialah 750GB tapi yang ada dalam tu hanya 698GB sahaja, kurang lagi 52GB. Nak kata dia guna untuk sistem external, takkan lah guna ruang sebanyak itu. Mujur aku ada belajar serba sedikit pasal barang-barang komputer nie dan juga pernah terbaca entri tentang penipuan kapasiti macam ini.

[ Resit yang aku dapat masa beli external tu aku ambil nama kedai sahaja sebab nak google maps pagi tadi ]

Jadi petang tadi lepas aku balik kerja aku terus pergi ke alamat yang tertulis pada resit yang aku beli. Mujur aku dah google maps pagi tadi, kalau tak kemungkinan aku akan pergi ke tampat yang lagi jauh daripada destinasi yang sebenar. Jadi lepas dah jumpa kedai yang jual external tu, aku pun cakap dengan pekerja dia (ada seorang sahaja masa tu). Aku pun tunjukkan resit yang aku dapat masa beli tu dan juga external tu sekali. Lepas amoi tu dah tengok resit serta pastikan kandungan kapasiti external tu seperti yang aku katakan. Dia bagi aku satu resit baru dan cakap:

Amoi: Nanti u tunggu call dari saya untuk ambil balik external baru.
Aku : Apa pasal kena tunggu, stock u dah tak ada ke?
Amoi: Stock kami sudah tidak ada lagi, kami kena tanya itu supplier kami macam mana nanti.
Aku : Paling lama kena tunggu berapa hari?
Amoi: Esok i akan try call u for tell the news but paling lama pun dalam masa 1 week....
Aku: Ok, tapi i akan mintak u pegang dulu kalau i lambat ambil ok...
Amoi: Ok, nanti kalau u mahu tanya apa-apa, just call nombor dekat resit ini.
Aku: Resit i bukan yang puteh itu ke?
Amoi: Bukan, yang ini kami pegang dulu, u ambil yang biru ini. Nanti bila external tu sudah sampai, u bagi resit biru ini dan kami akan bagi balik external n resit ini..
Aku; Ok....

[ Resit baru yang amoi tu bagi pada aku petang tadi ]

Jadi nasihat aku kepada semua orang yang bar membeli barang-barang komputer di PC Fair, pastikan yang kapasiti yang anda beli sama seperti yang ditawarkan. Jiak tak sama dan ingin membuat penukaran, pastikan anda membawa resit dan juga barang yang di beli. Pastikan barang yang dibeli itu masih baik keadaaannya dan tidak rosak atau calar. Kalau semuanya ok dan selamat baru boleh tukar dalam keadaan selamat juga. Itu sahaja nasihat aku buat masa ini. Selamat periksa barang -barang yang anda beli dari PC FAIR....

3 comments:

Anonymous said...

resit yang pertama pakai cop tu.resit Tu TAK SAH. maksudnya kalau orang kedai tu jahat dia x nak tanggungjawab dia boleh tuduh kita balik macam macam. resit pertama tu kalau submit claim expenses kat company x lepas weh

Anonymous said...

resit pertama yang putih tu X SAH. kalau orang kedai tu nak main kotor anytimne. tapi nasib ko baik dapat jenis bertanggungjawab. resit pertama tu bukan oficial resit. kalau disubmit ke bahagian audit sesebuah company mmg tak sah...

resit ke 2 tu betul. mmg sah. tujuan diorang bagi resit pertama tu pasal nak lari dari tanggungjawab + warranty.

tapi aku respek ko settle dengan diorang sepantas kilat. kalau ko delay 1-2 bulan ko tengok wayang yang sebenarnya

takky said...

wow, serius??!!!!
thankz wei for the new info....
serius aku x taw pasal benda nie....

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...