http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Saturday, April 14, 2012

RM 50 Untuk Hari Ini

Hari ini aku baru sahaja habiskan RM 50 daripada gaji pertama aku untuk tahun ini. Hihihii, baru sehari dah habiskan Rm 50. Terukkan aku ni tapi 80% daripada jumlah tu aku gunakan untuk belanja keluarga aku makan McD tadi. Orang kata berkongsi rezeki tu lebih baik daripada belanja untuk diri sendiri. Jadi aku bagi la sikit rezeki yang aku baru dapat tu dekat keluarga aku dengan beli Family Box Set B McD untuk keluarga aku. Baru je letak atas meja dan naik atas untuk mandi, turun-turun je tinggal suku sahaja dalam kotak McD tu dan ini bermakna keluarga aku nikmati gaji pertama aku. Gembira pula rasanya.^u^

Mana perginya lagi 10% yang aku belanja tu? Rm 10 tu aku buat belanja top up Touch n Go aku. Aku tak perasan yang Touch n Go aku tak cukup untuk tambang pergi balik ke KLCC.. Kalau aku tahu, boleh aku guna duit tips yang aku dapat masa kerja dekat hotel. Aku siap buat tabung lagi khas untuk duit tips yang aku dapat sahaja ( pakai bekas kuih raya je pun ), hihihihi. Untuk pengetahuan anda semua, inilah kali pertama aku naik Putra LRT , memang rasa beza sangat antara Putra LRT dengan Star LRT. Pengguna-pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini pun boleh nampak perbezaan taraf status dia. Tapi buat masa ini, aku tak nak cerita pasal LRT tapi nak cerita kenapa aku pergi ke KLCC sampai kena naik LRT ni.

[ Lokasi pertama aku lawati masa sampai KLCC, cuba teka? ]

Rasanya pada sesiapa yang lihat gambar ni mesti dah tahu apa yang aku buat dekat sana bukan? Sekarang ini di KLCC sedang berlangsungnya Karnival PC Fair 2012 yang bermula pada 13 Mei sampai 15 Mei 2012. Aku pergi sana hanya sebab nak beli External Hard Disk dan ada banyak pilihan yang ada di situ walaupun aku rasa pening dengan tempat pameran dia di tambah lagi dengan lokasi dia yang ke dalam.sangat. Petang tadi merupakan kali pertama aku pergi ke KLCC secara seorang diri, itu sebab aku rasa macam tu. Berbalik pada topik PC Fair tadi, walaupun ada banyak pilihan External Hard Disk yang ada namun aku hanya berminat pada 2 jenama sahaja buat masa ini iaitu ( alamak, lupa pula nama jenama tu ) tapi yang pasti harga dia boleh tahan. 

Aku cadang nak beli hari ini tapi tak jadi sebab selalunya kalau beli hari pertama, pasti proses tawar menawar tak berapa laku. Jadi aku hanya bandingkan sahaja harga-harga dan jenama serta kualiti external tersebut. Lagi pun masa tengah bandingkan harga tadi, ada seorang tokei ni cakap dia boleh turunkan RM 5 sahaja dari yang ditawarkan. Kalau hari pertama dah turun RM 5, bila hari ahad nanti mesti lagi banyak turun kan? Jadi aku cadang nak beli masa hari ahad nanti. Aku mintak tolong sesiapa yang terbaca entri ni dalam masa 3 hari ini, tolong jangan berebut dengan aku nanti ok, hahahahaha.

Cuma masalahnya sekarang ini aku tengah fikir jumlah yang sesuai untuk aku keluarkan dari bank aku ( mentang-mentang gaji baru keluar =p ) nanti. Mulanya aku bajet dalam RM  300 sahaja tapi bila tengok perbezaan  harga antara 500GB, 750GB dan 1TB tak jauh beza ( tambah sikit sahaja untuk 1TB tu ), aku kena fikirkan balik jumlah yang sesuai untuk belanja hari ahad nanti. Nak kena bangun awal-awal pagi tu dan beli cepat-cepat sebab petang tu dalam pukul 3 aku dah kena mula kerja, nak tukar shif dengan kawan sekerja tak jadi sebab dia ada pertandingan BSB pula petang tu.

[ Ada section main game dekat sini tapi malangnya kamera aku ni alim sekejap =( ]

Sebelum aku habiskan penulisan entri aku ini, aku nak bagi tips sikit untuk mengelakkan diri daripada dikejar oleh promoter-promoter yang ada di sana. Pastikan anda pakai earphone dan MP3 masa itu, Bukan HEADphone tapi EARphone ok. Aku pasti sebahagian daripada promoter tu tak akan kacau anda punya, paling minimum pun dia bagi pamplet sahaja. Kalau cakap pun, dia akan cakap sekejap sahaja sebab dia akan perasan yang anda langsung tak dengar dia cakap apa kerana kyusuk dengar lagu. Paling extrem pun, promoter dari bahagian sound audio dan yang jual headphone. Tadi aku kena kejar sekejap dengan promoter tu, dia suruh aku buka earphone dan tunjuk headphone yang dia promosi pada aku. Ada la juga selang 2 @ 3 lot dari gerai jualan dia kejar aku. Masa tu aku dah cuak sebab takut jatuh hati dekat headphone tu. Hiihihihhi c(=

Itu sahaja untuk kali ini, nanti kalau dah beli external tu aku akan buat entri baru dalam blog ini. Jumpa lagi....^u^


No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...