http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Sunday, April 22, 2012

Cara Mengira Kapasiti Hardisk Yang Sebenar...

Entri ini aku buat bagi sambungan entri yang lepas ( sini ), iaitu mengenai barang PC FAIR yang aku beli di KLCC hari itu. Aku telah pun menghantar external hardisk kepada kedai itu dak pihak kedai telah memaklumkan kepada aku yang kapasiti yang berada dalam tu sememangnya kapasiti yang sebenar. Mereka juga siap bagi emel dekat aku untuk terangkan benda ini.

[ Gambar: Pihak ini emelkan link ini dekat aku ]

Macam yang anda semua dah baca dekat gambar itu, inilah pengiraan sebenar bagi semua kapasiti-kapasiti yang berada di pasaran buat masa ini. Setakat yang aku tahu, semua jenama bagi external hardisk menggunakan pengiraan ini. Jadi sekiranya anda membeli external 750GB, yang berada di dalam external anda hanyalah 698GB sahaja. Macam yang aku katakan dalam entri sebelum ini, GB yang hilang sebelum ini aku sangkakan hilang disebabkan cover sistem tetapi jumlah kapasiti yang hilang terlalu banyak membuatkan aku mushkil dengan perkara ini. Disebabkan itulah aku hantar balik external tersebut di kedai dia dan jawapan yang aku terima adalah gambar yang anda semua lihat dalam entri ini.

Cuma satu perkara yang masih aku sangsi, kenapa perlu di bahagi 3 kali? Aku masih menunggu jawapan tersebut dari pihak yang menghantar jawapan sebelum ini kepada aku. Kepada sesiapa yang membaca entri ini diharap dapat berkongsi jawapan mahupun penjelasan yang boleh anda berikan kepada aku mengenai isu ini.

7 comments:

redlomo said...

mmg biasa tak pernah dapat 100% ikut spesifikasi.. kata org untuk 1-2 untuk digunakan untuk system dia... tak tahu la

EG said...

OO. tak pernah dengar pulak sebelum ni.

takky said...

redlomo: aku pun penah dgr pasal GB yang hilang tu cover untuk sistem dia, tapi x sangka plak GB dia hilang banyak sgt....
sebab tu aku contact tokei kedai tu tanya pasal nie...

EG: yup, this is the answer for the external capacity...

shoutvoc said...

tp kalo ilang smp 50 lgh gb tu dh byk sgt tu kan??? yeke mcm tu kiraan dier??

ita iyat said...

aku baru terjumpa entry ko ni. xtau ko dh tau ke belom pasal mende ni, external hardisk sama mcm flash drive, mmg akan tolak capasity utk configure dgn windows/mac tp xlebih dr 500mb. 52gb tu byk sgt n konpem ko dh kene tipu dgn kompeni tu. aku raa entry link yg drg bg tu puak2 drg jugak yg bwt. so berhati2 la lepas ni sb aku mmg dh serik dgn pc fair.

ita said...

baru jumpa entry ko ni. mmg akan hilang capasity tapi sikit je xsmpai 500mb pon. kedai tu tipo kau kalau dh smpai 52gb tu mmg mengarut. harap lepas ni lebih hati2 beli kat pc fair.

takky said...

serius ita??!!!!!!!
50GB dah boleh cover utk 3 file drama bersiri wei.....
alahai.....

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...