http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Sunday, January 31, 2016

Lost World of Tambun Pembuka 2016

Setelah sekian lama tak menulis, akhirnya aku paksakan diri juga untuk menulis di blog ini sebagai pembuka entri bagi tahun 2016. Ayat entri kali ini terpaksa tulis ayat skema. Trip pertama aku untuk 2 hari 1 malam pada tahun ini adalah hasil daripada paksaan kawan-kawan sepoli aku untuk ikut dorang pergi berjalan-jalan sebab sorang tu baru dapat bonus. Jadi dia cakap dekat aku, cuma perlu bawak badan dan kereta sahaja untuk trip ini dan yang lain akan dipayung oleh beliau. Mula-mula segan la jugak tapi last2 ikut je la sebab dah tak tahu nak buat apa. Asalnya nak pergi ke Pulau Pinang sebab dia cakap nak jumpa kawan dekat sana, pastu 2 or 3 hari sebelum tu pula cakap tak jadi pergi Peneng, bertukar pergi ke Teluk Batik tak silap. Bila aku dengan kawan aku nie bincang balik masa, kos semua untuk pergi ke Teluk Batik, kami beritahu dekat sponsor yang better pergi Tambun compare Teluk Batik sebab faktor jarak masa untuk pergi ke dua tempat tu.

Satu poli tapi lain kursus
Petang 1hb Januari tu kami book hotel dan malam tu kami sampai sana dalam pukul 10 @ 11 malam, tak berapa ingat. Lepas dah check in dekat Sun Inns Hotel Sunway City Ipoh, kami berjalan pergi ke dataran yang berdekatan dengan Stesen KTM Ipoh, nama dataran tu aku dah lupa sebab tak ingat nak catit. Pusing-pusing kejap dekat situ, tengok gelagat orang dekat sana. Ada yang main skateboard, basikal, skutter kecik dan macam-macam lagi. Lepas dah penat cuci mata, kawan aku pergi tanya dekat pak cik gerai sekitar situ, tanya dekat mana nak cari Char Kueh Tiow yang sedap. Cot cet cot cet dengan pak cik tu tanya jalan semua bagai, akhirnya kami sampai dekat Dataran Ipoh (MBI).

Tu bangunan Stesen KTM Ipoh
Sponsor utama aku untuk trip nie
Co-pilot aku merangkap 2nd sponsor aku
Gambar makanan ye tak ada sebab semua tengah kebulur masa tu. Aku pusing-pusing sekitar situ dan dapati ada 4 rare food yang aku jumpa iaitu 1)Nasi Goreng Korea 2) Nasi Goreng Maryland 3) Nasi Goreng Mahsuri dan 4) Nasi Goreng Pataya Banjir Paprik. Makanan western dan seafood pun ada tapi benda pun boleh dapat dekat tempat lain. Habis makan, borak-borak semua dan balik untuk hari esok.

Pagi tu sarapan dekat bawah hotel perkena nasi lemak, n then teman kawan aku pergi Giant dekat situ sebab dia nak beli barang kejap. Dalam pukul 11.00 pagi, baru kami bertolak ke Lost World of Tambun setelah check out dari hotel. Habis cerita skema aku dan la nie baru nak masuk pasal tambun punya cerita. Kalau ikutkan harga tiket masuk, korang boleh rujuk dekat gambar bawah yang aku letak nie. Tetapi kalau korang bermalam dekat Sun Inns Hotel Sunway Ipoh untuk pergi ke Lost World of Tambun nie, korang boleh beli dengan harga RM50 sahaja dekat kaunter check-in dia. Harga student pun tak semurah ini, RM53 tak silap aku masa tanya dekat staff hotel tu. Tak payah nak beratur untuk beli dekat sana dan harga pun murah berbanding beli secara terus. Tempat nie beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 11 malam TETAPI ada waktu-waktu dia based on kawasan dalam tu juga. 

Harga walk-in, kalau dah tempah lain harga dia.

THEME PARK OPERATION HOURS

Open Mon-Fri: 11:00am till 6:00pm
Weekends, School and Public Holidays: 10:00am till 6:00pm
Closed on Tuesday, except on Malaysian school & public holidays.

LOST WORLD HOT SPRINGS & SPA BY NIGHT

Open daily: 6:00pm till 11:00pm
Crystal Spa Treatment: 12.00 noon till 11:00pm
Closed on Tuesday, except on Malaysian school & public holidays.
Malas nak tulis balik, jadi aku copy paste je. Nak tahu lebih detail, boleh pergi ke website mereka di SINI. Dalam website nie juga ada harga-harga istimewa kalau korang beli pakej-pakej tertentu yang pihak Tambun ni sediakan. Jadi kalau nak buat lawatan sambil belajar dekat sini, bolehlah godek-godek website dia. 

Gambar wajib bila pergi berjalan, hahahahahahhah
Disebabkan aku nie tak berapa gemar dengan aktiviti yang melibatkan aspek tinggi + laju, jadi banyak game yang aku tak main dalam nie. Cukuplah aku main 1 gelongsor air yang ada dekat situ. Kawan aku ada ambik video kami masa tengah turun dari situ dan memang malu gila masa tu sebab kami jatuh macam nangka busuk bila sampai dekat kolam tu. Serius, tak tipu wei sebab nak naik gelongsor tu pun kena tengok limit berat badan untuk pastikan keselamatan terjamin.

Penat main semua, kawan aku belanja aku makan ABC dekat situ. Kalau ikutkan apa yang aku baca dekat internet, makanan luar tak boleh bawak masuk dan harga makanan dekat dalam nie agak mahal. Jadi aku pun ambil gambar harga menu air dekat situ untuk rujukan korang. Harga makanan aku tak ambik sebab gerai dia banyak. Apa yang aku pasti, better korang beli air Mocha atau Espresso sebab murah dan kuantiti air dia sama je dengan air lain. Kalau beli dekat luar, atas RM5 juga tak silap aku.

Harga minuman dekat kafe sana.
Kami keluar dari sana dalam pukul 6.30 petang dan pergi cari kedai yang jual Nasi Vanggey yang katanya popular dekat Ipoh nie. Malangnya kedai yang popular tu kami tak jumpa dan makan je la dekat kedai lain. Malam tu aku dengan kawan aku balik ke Selangor sebab ahad tu kami perlu buat persiapan untuk kerja hari Isnin nanti manakala sponsor aku pergi Pulau Pinang dengan kawan dia sebab dah janji. Apa-apapun trip nie memang syok even spontan bagi aku.

Habis cerita aku hari ini. Doakan aku buat entri pasal trip pergi Korea hari tu wei.......

2 comments:

Mrs Nurul said...

ok aku doakan ko buat entry korea..sebab aku nak baca :P eh eh ingat tak lg sape ni ? your loyal reader ahaha

takky said...

of coz a ingat kak neon....
lama x baca entry akak...
domain blog akak dah ok ke?

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...