http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Tuesday, September 17, 2013

I Miss My Schoolmate....

Tadi dekat facebook tetiba keluar status senior yang dah jarang update status dekat FB dan masa baca komen kawan dekat gambar dia pula, terbaca komen junior yang dulunya aku rapat dengan abang ke-2 dia tak silap...tapi yang pasti abang dia yang itu sama umur dengan aku. Tak sangka kan yang kawan aku nie kahwin dengan abang kepada abang dia (abang dia nie pula setahun tua dari aku). Jadi tetiba terdetik dalam hati nak tulis satu entri pasal dorang. Ala, entri pendek-pendek je pun. Nak berjumpa memang payah dah sekarang nie, mana yang dapat jumpa masa raya dulu sempat la ada sesi jejak kasih kejap masa raya hari tu. Ok la, tak nak la tulis panjang-panjang since aku rasa line tenet kat asrama aku tengah lembssss sangat-sangat nie. Nanti tak terupdate pula entri nie...


Yang baju biru tu la senior yang aku cakapkan tadi. Dah lama tak jumpa dia sejak tahun 2007 tak silap aku. Baik orang ye dan selalu buat lawak dekat aku but kalau sekali dia marah, memang menggigil juga la kaki nie. Dulu aku selalu gaduh mulut dengan senior yang sebaya dengan dia. Nama senior tu hanif dan penghulu asrama tahun 2004 sebab aku satu dorm dengan dia. Memang angin juga la aku dulu memandangkan dulu aku nie skema dan tak suka sangat bergurau. Kalau ada orang nak buli aku ke apa, memang aku buat tak tahu saja serta lawan balik (tu pasal banyak gaduh mulut) dan tu sebab la aku selalu kena kacau. Even mamat senior tu suka kacau aku tapi dia selalu backup aku kalau ada sesiapa yang cuba kacau aku (melainkan dia benarkan orang tu kacau aku). Tu yang spoil sikit. Gambar mamat tu memang tak ada sebab dah kata skema masa awal-awal masuk, jadi mana boleh bawak kamera. Kenangan indah pasal mamat nie?? Dia orang pertama ucapkan selamat hari lahir dekat aku masa aku sedang minum malam dalam dewan makan masa tu. Mana dia tahu pasal tu pun aku tak tahu sampai sekarang...

Asal aku cerita pasal senior tu dan bukan ye senior yang dalam gambar tu pun aku tak tahu.. Huhuhuhu ~_~". Orang yang cuma nampak kepala tu je nama pendek dia Filiz, budak akaun tapi dengar cerita dia nak kerja dekat atas kapal dan mintak aku doakan dia selamat dengan temuduga TLDM tak silap aku. Aku pun dah tak berapa faham sangat dengan budak nie tapi aku rapat dengan dia masa kami tingkatan 5. Dialah CCTV dan wartawan tak bersijil yang boleh bagi maklumat sulit dekat kami masa dekat sekolah dulu. Kelakar pula bila ingat balik.....


Yang baju melayu putih tu si adik dan yang baju melayu itam tu si abang, beza umur cuma 2 tahun sahaja. Aku rapat dengan si abang tu masa tingkatan 4 atau 5, tak berapa ingat dah. Cerita dekat atas yang aku cakap kawan aku kahwin tu abang mereka berdua nie la. Kali terakhir aku bercakap dengan yang baju itam tu masa aku dah masuk poli, itu pun secara tiba-tiba dia telefon aku. Mujur aku masih simpan num dia, jadi bila dia telefon tu memang aku jerit la sebab gembira dapat bercakap dengan dia tapi sekejap je. Sekarang nie dengar cerita dia tengah kapel dengan budak oversea mana ntah, tu pun dapat taw dari senior yang berkawan dengan abang mereka berdua nie. 


Kalau ada sesiapa yang rajin nak pusingkan kepala tu, boleh la tengok tarikh gambar nie diambil. Masa nie kami jalan di TS tak silap (ke MidValley??). Yang tengah tu sedang belajar di Korea, kalau umur panjang dan ada rezeki kemungkinan kami akan berjumpa di Seoul pada bulan 1 depan sempena trip belajar aku (harap-harap jadilah even kena redo balik proposal tu nanti). Yang pakai topi tu pula kawan aku sejak dari darjah 4 lagi. Nie la kawan aku yang paling lama pernah aku berkawan, sekarang dia sedang belajar di Mesir dan masih belum balik Malaysia lagi memandangkan dia ketua pelajar dekat situ. Jadi dia kena pastikan semua "anak-anak" dia selamat balik dan mana-mana pelajar yang sedang dalam peperiksaan dalam keadaan selamat termasuklah dia sekali.


Nie pula rakan sekelas aku + cikgu kelas aku masa tingkatan 5. Kau tengok bertapa sepah je kelas nie gara-gara dah dekat akhir tahun dan SPM. Cikgu pun macam dah tak kisah sangat. Rindu dengan mereka semua lagi-lagi kawan yang sebelah aku tu. Dia baru je bertolak ke Jordan beberapa hari yang lepas untuk sambung belajar degree. Dalam kelas nie kami semua dah anggap macam keluarga. Nak bercerita, bergosip, bergaduh, mengusik, mengacau....macam-macamlah. Setakat nie baru sorang je yang baru kahwin dan korang boleh la belek-belek balik entri lama aku sebab dia lah kawan pertama aku yang kahwin dalam ramai-ramai kawan aku nie.

Aku harap mereka semua nie sihat walafiat dan selamat seadanya. Ya Allah, aku berharap agar Kau dapat melindungi mereka dari segi luaran mahupun dalaman agar mereka sentiasa berada disamping-Mu walau apa pun yang berlaku. Semoga persahabatan kami ini dapat dikekalkan sehingga ke akhir hayat walaupun ade di kalangan mereka sudah tidak aku hubungi dalam jangka masa yang lama. Amiinnnn

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...