Sebelum raya haji....
Rasa gembira tak terkata sebab seingat yang aku tahu, inilah kali pertama aku beraya haji bersama keluarga beramai-ramai dan ada rancangan nak melawat saudara-mara. Pada mulanya aku tak rancang pun nak balik pada raya haji, tapi selepas menerima panggilan dari kak long, abg ngah (abg ipar aku), mak aku dan yg terakhir sekali ayah aku, aku mula buat keputusan ini....
[ Hasil daripada pujukan ayah aku ]
Jadi bertolaklah aku ke Batu Pahat pada malam semalam, pukul 9 malam dan sampai di Batu Pahat pada pukul 8.30 pagi. Rasa seronok sebab dapat jumpa kak long sekeluarga dan juga anak-anak sedara dan blablablablabla.....
Semasa raya haji....
Sesi berebut bilik air bermula pabila semua adik beradik aku dah ada dekat rumah ini. Standart masa kami semua mandi antara 15-30 minit (aku ambil masa 30 minit kalau sekali dengan berak). Jadi disebabkan bangun lambat dan nak kena bersiap cepat untuk pergi sembahyang, terpaksalah aku mintak abang2 ipar dan ayah aku tunggu aku...aku mengaku ini salah aku tapi aku alpa yang dalam keluarga aku ada yang mulut longkang a.k.a SIAL (maaf sebab kasar bahasa tapi dah tak tahu nak guna perkataan apa lagi yang sesuai). Dia bajet orang lain semuanya lambat, dia sorang je yang cepat dan sewaktu dengannya atas alasan semua orang tengah menunggu tu (ayat dia pada orang yang lambat)....apa dia cakap tu betul tapi percayalah bila kau pandang atau dengar nada dia pun dah cukup la, kau rasa macam nak buat adegan dalam novel Fixi NGERI je dekat dia (itu yang aku fikir).
Masa aku baru nak tulis entri ini, abg ngah aku balik dan cakap yang mereka tak sempat solat raya. Dia bukan berniat nak salahkan aku (based kepada nada dia lah) tapi yang aku pasti orang luar yakni yang tiada hubunagn darah dengan kita melayan kita lebih baik daripada adik-beradik sendiri....
Untuk entri lepas raya haji ini aku tak tahu lah apa yang akan jadi....
No comments:
Post a Comment