http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Tuesday, May 8, 2012

Today I'm Nanny

Hahahhaa, hari ini aku kerja petang. Jadi aku ingat aku nak tibai separuh hari ini dengan menulis entri-entri dalam blog aku. Serius yang teramat serius bahawa aku dah lama tak buka blog aku nie, nak buka untuk baca sahaja pun dah jarang sebabnya laptop aku rosak!!!!! wuhaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........Jadi waktu sekarang ini, aku menulis entri ini dengan bantuan mencelok laptop adik aku kejap (hasil sewaan dia dari akak aku, jangan harap dia boleh ada laptop sendiri). Jadi masa aku baru nak buka blog aku untuk menulis entri ini, tiba-tiba suami sepupu aku datang untuk hantar 2 orang anak dia dekat aku. Aku rasa pelik, kenapa dia nak hantar? Baru aku ingat yang pagi tadi mak aku pesan yang dia nak hantar anak dia dekat aku sebab dia nak bawa anak bongsu dan mak mertua dia ke hospital, ada urusan katanya (hal peribadi, tak boleh tulis dalam nie). Aku pun jagalah mereka.

Baru ingat nak letak gambar tapi laptop nie pula tak dapat detect usb phone aku la pulak. Hmph, kena fikir cara lain nie. Tak apa la, nanti-nanti aku fikir macam mana nak letak.  Sekarang ini aku tengah nak fikir macam mana aku nak update blog aku lagi pada masa akan datang, dengan nak menengok 2 budak nie . Takut dorang berdua nie bergaduh la pula, risau aku sebab aku nie bukan ye jenis penyabar.

 [ Budak berdua tengah main PS2 game Ben 10 ]

Aduhai, baru je tadi aku sound budak-budak nie sebab berebut nak main game. Nie yang aku lemah bila dengan budak-budak tapi amanah tetap amanah. Nanti waktu tengah hari nak bagi dorang makan apa pula? Argh, tension ye...apa nak buat nie? Bapak dorang ada bagi bekalan makanan dan duit sikit untuk aku beli dekat dorang tapi nak beli apa? Aku pun tak tahu. Kalau nak keluar beli makanan, nanti tinggal dorang berdua dalam rumah nie sorang-sorang bahaya la pula. Nak bawa dorang keluar sekali boleh tapi nak naik apa? Kereta auto bukan ye ada, naik motor aje? Ish, tak berani aku nak bawa anak orang naik motor dengan skill aku yang tah pape tah tu. Eh, dah la....aku nak tulis entri lain nie...banyak lagi benda yang aku nak tulis, bye-bye dulu...

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...