sejak aku tulis blog yang lepas....
aku mula berubah...
berubah ke arah kejahatan....
aku mula tinggal sembahyang dah melakukan amalan lama aku dulu...
namun mungkin kerana TUHAN sayangkan aku....
DIA cuba beri petunjuk kepada aku....
setiap kali aku buat perkara yang jahat...
pada masa yang sama juga aku akan menerima kesakitan...
malangnya masa itu aku cuma menganggap yang ianya hanyalah kebetulan...
aku terus dan terus membuat kejahatanku...
dan menganggap semua kesakitan itu hanyalah kebetulan...
namun apakan daya....
kesakitan itu semakin lama semakin bertambah...
(walaupun baru 2 setengah hari aku tinggalkan sembahyang)
antara penderitaan yang aku alami sepanjang hari 'kafir' aku :
- selalu berasa sengal-sengal badan.
- kaki aku tercucuk cengkerang siput tajam waktu mandi pantai.
- kepala aku selalu rasa pening dan nak pengsan.
- takut ketika hendak tidur.
- takut apabila berada sorang2 dalam keadaan gelap.
- selalu terbayangkan pocong ketika menutup mata.
- asyik teringatkan waktu solat.
- makin kerap diganggu oleh mamat jahanam itu.
- aku rasa semakin sunyi dan tidak tenteram.
- semua orang asyik nak attack aku dalam apa2 perkara pun.
- tekanan kerja semakin bertambah dan pelbagai lagi.
aku pernah berniat untuk kembali ke pangkal jalan...
namun disebabkan ego dan terkenang kesah yang lalu,
aku ketepikan semua itu....
dan disebabkan egoku jugalah penderitaanku semakin menjadi-jadi....
malam tadi aku beranikan diri untuk berjaga sehingga pagi ini....
semata-mata nak tgk cd cerita korea....
seperti biasa, setiap cerita yang aku tgk...
pasti aku akan cuba cari pengajaran yang terdapat dalam cerita itu....
dan pengajaran yang aku dapat amat menyentuh perasaaan aku
(even cite 2 x best mcm Full House & My Girl)
moral cerite 2 ialah walau apa pun yang terjadi....
pasti ada hikmat disebaliknya dan setiap kejadian yang berlaku pasti ada sebab yang tersendiri....
aku cuba menidakkan tetapi bila difikirkan semula logiknya...
memang benar apa yang telah dikatakan...
lagi pun aku tinggal di duniaMu...
pasti ada banyak rintangan yang perlu aku hadapi....
tambahan pula setiap kali aku sakit pada waktu dulu,
aku pasti dapat menangungnya walau dengan apa cara sekalipun....
oleh sebab itu,
aku telah buat keputusan untuk sembahyang subuh pada pagi itu...
(lambat skit tapi masih dlm waktu subuh)
selesai sahaja sembahyang, hati aku mula tenang sikit....
tidak gusar untuk tidor lagi....
(dan nyenyak sungguh aku tidor)
aku mula bertekad...
walau apapun terjadi....
aku akan cuba sembahyang...
(walaupun terpaksa qado' sembahyang)
kerana hanya itu sahaja dapat membantu menenangkan jiwaku...
sama ada KAU terima atau tidak...
itu bukan urusanku kerana tugasku hanyalah bersujud padaMu....
segala kejahatan dan keburukan yang telah atau akan aku lakukan...
hanya KAU dan aku sahaja yang tahu....
biarlah aku menjadi hipokrik...
tetapi bukan hipokrik terhadap orang lain...
hanya hipokrik terhadap diri aku sendiri...
demi menjaga nama baik orang lain dan keluargaku...
biarlah aku menjadi hipokrik....
kerana hanya KAU dan aku sahaja yang tahu apa yang aku lakukan sebenarnya.
No comments:
Post a Comment