http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Monday, August 13, 2012

3 = Jerat

Setelah sekian lama tak update tentang novel yang aku baca, sekarang ini baru ada kelapangan untuk menulis review buku. itu pun aku dah habis baca buku yang baru pada 2 hari yang lepas. Kalau ditangguh-tangguh lagi, alamatnya bersusun je la nanti list entri baru dalam otak aku. Buku novel DOSA pun tak tulis review lagi padahal dah berbulan-bulan habis baca. 


Sinopsis Buku
Apakah kaitannya dua pembunuhan kejam dan satu kemalangan (atau mungkin juga sebenarnya percubaan bunuh yang gagal) dengan sebuah tender IT bernilai RM400 juta?

Kemalangan itu meragut ingatan Shereen. Apabila terjaga dari lena yang panjang, semuanya hilang. Dia perlu bangun semula dan bina kehidupan dan kenangan baru. Tetapi kini dia tidak pasti, siapa kawan, siapa lawan. Siapa Tash? Siapa Melia? Siapa Adele? Siapa Rizwan Zakaria? Siapa Datuk Hasnoor? Siapa Rahmat Hamidi? Dan siapa pula Pak Ya?

Di tengah-tengah kekalutan itu, dia juga perlu membongkar kegiatan penyeludupan kod-kod program ke luar negara yang didagangkan di pasaran gelap. Mampukah kepakaran IT Forensiknya membantu? Mungkinkah dia akan melepasi JERAT, atau akhirnya kecundang?

Sinopsis Aku
Mengisahkan mengenai Shareen, seorang pegawai IT yang berkebolehan tinggi (bukan pegawai polis jenayah siber ye) dan amat disanjungi oleh syarikatnya disebabkan oleh sifat kerjanya. Pada suatu pagi dalam perjalanan untuk berjumpa dengan rakan kongsinya (sesuaila kot istilah nie) bagi membincangkan tender IT bernilai RM400 juta, Shareen telah terlibat dalam satu kemalangan ngeri.

Setelah dia sedar sahaja dari kemalangan tersebut, dia telah mengalami amnesia yang teruk dimana dia sudah tidak mengenal lagi sesiapa pun di dalam dunia ini hatta namanya sendiri. Jururawat yang berada disitu mengatakan bahawa sudah sebulan lebih dia dalam keadaan koma. Pada masa itu, hanya ibunya sahaja yang selalu melawat dia serta seorang lagi perempuan yang kerap melawatnya iaitu ibu Tash yang merupakan ibu kepada seorang lagi pesakit yang berada di dalam bilik tu.

Setelah hampir sebulan lebih Shereen berada di dalam wad itu, dia telah dilawati oleh seorang perempuan gedik bernama Melia. Melia inilah yang menjelaskan serba sedikit mengenai kegiatan hidupnya sebelum ini, tentang kerjayanya, dan pelbagai lagi. Dia juga selalu berpesan kepada Shareen supaya berhati-hati apabila sambung kerja nanti terutama pabila berdepan dengan si mulut manis Rizwan Zakaria. Shareen yang pelik mendengar amaran tersebut cuma menganggap ianya sebagai peringatan sahaja.

Disebabkan hampir 2 bulan Shareen berada di hospital di tambah lagi dia telah mengalami amnesia, bakatnya dalam bidang IT telah tumpul. Mujur Tash yang merupakan rakan sebiliknya semasa di wad dahulu mengajarnya serba sedikit mengenai IT (sistem Linux tu, aku pun tak tahu guna Linux). Ketika Shareen mula kembali ke tempat kerjanya, dia berasa hairan mengapa ramai orang yang menyambut kepulangannya sedangkan tiada sesiapa pun yang melawatnya ketika dia berada di hospital dahulu. Semua persoalannya terjawab apabila Suzana (orang yang jaga kaunter informasi) menceritakan gaya kerjanya di syarikat dan mengapa tiada sesiapa pun yang melawatnya. Pada masa itu, Shareen mula sedar bertapa menyimpangnya gaya kehidupannya di masa silam dahulu.

Sekarang ini semua para pekerja mula rapat dengannya terutama sekali Suzana, Adele (kawan baik Shareen yang baru berpindah kembali dari luar negara), Yazid Saifullah (abang rock dalam jabatan Shareen) dan juga Harun yang merupakan staf kontrak syarikat itu. Namun tiada sesiapa pun tahu bahawa Harun merupakan seorang pegawai polis yang menyamar sebagai staf kontrak disebabkan oleh kejadian yang berlaku kepada Shareen. Pada suatu hari Yazid memberitahu kepada Shareen bahawa dia terdengar perbualan 2 ahli Mahaguru (gelaran yang di beri oleh Shareen dan Adele) mengenai kegiatan mencuri kod program syarikat. Dari situlah bermulanya cerita ini (macam biasa, dah tengah-tengah buku baru nak mula cerita). dimana Shareen mula ingat kembali sedikit demi sedikit mengenai kisah lampaunya serta bantuan Tash dalam menangani kegiatan penyalinan kod program syarikat secara haram.

Setelah diselidik, Shareen mula sedar bahawa selama ini segala yang berlaku kepada dia ada kaitan dengan tender IT yang bernilai RM400 juta. Dia juga sedar bahawa nyawanya serta orang yang tahu mengenai tender ini berada dalam keadaan bahaya. Apa yang berlaku selepas itu, adakah penyamaran Harun terbongkar? Apa kaitan semua ini dengan Rizwan dan Melia, siapa lawan dan siapa kawan? Jangan lupa baca novel Jerat setebal 303 muka surat ini hari ini juga (tak lama pun, dalam 2 jam lebih habis dah katam)

Pendapat Aku
Seperti buku-buku Fixi yang lain, ianya mengetengahkan mengenai realiti hidup dalam dunia ini. Jadi jangan harap ada sesiapa yang terlepas dari tangan orang jahat. Siapa yang jadi mangsa dan siapa yang jadi pemangsa, anda kena baca sendiri walaupun anda tahu apa yang jadi pada pengakhiran cerita ini (terutama sekali peminat buku Fixi). Untuk buku ini aku lebih suka untuk beri pandangan mengenai pasangan watak yang aku suka.

Aku paling suka bila watak antara Shareen+Tash dan Harun+Adele bermula sebab pada aku, gabungan ini memang sesuai. Watak Shareen+Tash masa mereka dalam wad, masa dekat siber kafe kecil dan pelbagai lagi membuat aku sedar yang kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja walaupun dari status yang berbeza jika kita jumpa keserasian dalam hubungan tersebut. Dalam kes ini, Shareen lebih percayakan Tash dalam banyak benda walaupun mereka kenal tak sampai 6 bulan pun. Untuk watak Harun+Adele pula, aku anggap watak mereka sebagai warna awal bagi cinta monyet (hahaha, gila geli bila baca balik tapi nak guna juga word tu). Boleh kata untuk watak Harun+Adele nie, walau sesibuk dan seserius mana pun kerja mereka...salah seorang pasti ada sifat untuk mengatal dan merenyam bab kata orang dulu-dulu. Itu memang dah menjadi lumrah kehidupan, jangan disangkalkan lagi (cuma kena pandai cover line je la).

Dari segi pengetahuan pula, jangan fikir bahawa budak yan tak habis SPM tu tak pandai, kadang kala budak yang lagi rendah status belajarnya sebenarnya lagi power bila kerja. Dari sinilah konsep teori dan praktikal dapat dilihat. Tak silap aku dalam buku nie ada terang pasal nie (buka buku kejap, nak cari)

"Alah, setakat kerja macam tu, budak fresh grad pun boleh buat. Diorang tu indah khabar dari rupa je Shareen....Dulu abang pernah kerja dengan seorang budak lelaki graduate dari UPM, hebat betul dia. Masa belajar dia buat Mechanical Engineering, major in Robotics Systems. Lepas tu dia buat Masters in Computer Science. Dekat ofis tu dulu, dia memang yang paling genius. Dia yang train engineer lain, termasuklah yang dah senior," cerita Yazid Saifullah pada Shereen tanpa di pinta.
Jerat, m/s 213.

Ini petikan pendek saja untuk point budak tak habis belajar nie, belum lagi petikan yang mana Tash ajar Shereen macam mana nak kesan penipuan yang berlaku dalam syarikat Shareen hanya melalui telefon bimbit sahaja. Anda boleh rujuk sendiri dekat muka surat 224 sampai 226. Jadi jangan ingat yang budak tak habis belajar tak hebat ye...tapi kalau tak habis belajar buat-buat hebat memang berapi jugak la kepala nie (tetiba teringat staf baru yang aku ajar sebelum berhenti, cakap je gebang tapi haprak).

Apa pun yang boleh aku katakan, JARANG orang Malaysia yang tahu pasal sistem Linux nie (kena bold kan, nanti jadi isu payah pula) sebab majoriti pengguna komputer dekat Malaysia nie guna windows, tak kira la XP @ Vista @ windows 8...(aku la contoh orang yang tak berapa tahu pasal IT nie ~_~" )....Pape pun pengakhiran cerita ini akan buat korang terfikir yang kemungkinan ada siri ke-2 untuk cerita Jerat ini.

Aku tulis macam tu sebab watak jahat masih ada dan watak pembantu kemungkinan boleh jadi watak utama. Tulis macam nie je pun dah tahu apa yang berlaku pada pengakhiran cerita. Akhir kata aku cuma nak cakap yang tindakan polis dalam cerita ini lembab bila dah tahu yang Shareen kena serang lagi lepas dia dah tahu perkara sebenar yang berlaku. Disebabkan satu perkara ini sahaja, ending ceritanya jadi macam nie, geram aku. Tak pasal-pasal watak yang tak sepatutnya mati terus jadi mati.

Rating Bintang
Aku bagi 4 bintang untuk novel ini. Kalau boleh aku harap buku ini ada sambungannya sebab dari pemerhatian aku, buku ini masih boleh dipanjangkan...cuma watak utamanya kena ubah sikitlah which is watak pembantunya naik pangkat ke watak utama. Apa-apa pun aku suka pasangan watak yang aku dah tulis kat atas tu. Aku tak bermaksud yang watak Shareen+Adele tak best tapi aku lebih teruja bila watak Shareen+Tash dan Harun+Adele bermula. Itu sahaja.....^O^

4 comments:

lady-D said...

aku bygkan kalo novel ni dijadikan cite bersiri msti best..aku sbnrnya ternanti drama2/filem melayu yg bleh aku ckp wow!

takky said...

bagi aku...
care cite die nk dekat2 same dgn cite BELLA...
cite elly mazlin blakon jadi 2 watak 2...

D.N.A.S said...

Terima kasih sebab buat review yang panjang lebar ini. Selamat Hari Raya!

takky said...

erk, same2...
lagi pun ini cuma pandangan saya terhadap buku ini saja cik D.N.A.S...??

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...