Sebelum aku menulis review untuk novel ini, aku ingin berterima kasih kepada mereka-mereka yang telah melawat blog aku hanya semata-mata untuk baca review Jerat. Secara jujurnya aku betul-betul terkejut ketika melihat stats blog aku pada hari tersebut, rupa-rupanya pihak Fixi promote dekat FB dia. Thankz Fixi for that. Lepas aku review novel ini, cuma ada 3 @ 4 sahaja lagi koleksi buku Fixi yang aku ada untuk dibuat review termasuk DOSA (kena baca balik nanti sebab aku ingat sikit-sikit je cerita tu tapi point utama aku dah tanda dah). Nanti lepas aku dah sambung belajar, kemungkinan besar kesukaran aku untuk update blog aku ini akan bermula kembali. Ok dah-dah, just back to the point yo....
Sinopsis Buku
Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka: menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis. Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh profesor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka. Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang daripada mereka?
Sinopsis Aku
Hanya kerana satu tugasan kumpulan yang diberi dan telah ditolak, dari situlah cerita bermula hanya kerana kejadian yang berlaku di dalam skrip yang ditolak mentah-mentah oleh prof mereka menjadi satu jenayah besar yang menjadi kenyataan. Joanne dan Rehan mula berasa tidak sedap hati kerana skrip yang tulis oleh Samuel menjadi kenyataan namun berbeza dengan Samuel kerana dia gembira skrip yang dikata tidak masuk akal oleh prof nya menjadi kenyataan.
Pada mulanya prof hanya menganggap semuanya kebetulan namun semakin lama semakin banyak kebetulan yang berlaku menyebabkan dia risau dan kesihatannya mula terganggu. Dia ada meminta pendapat doktornya namun perkara yang lebih teruk telah berlaku kepadanya. Siapa dalang sebenar dalam kes ini dan mengapa semua yang berlaku dalam skrip mereka sama dengan jenayah yang semakin berleluasa berlaku hatta mangsanya pun sama?
Pandangan Aku
Jalan cerita yang menarik, memang suspend dan aku terpaksa pastikan bulu roma aku tak tegak lama-lama masa membacanya. Bagi aku, penulis pandai mengagak dekat mana pembaca akan tahu siapa yang merupakan dalang di sebalik pembunuhan. Bila pembaca dah dapat agak, dia akan pusingkan sikit agar pembaca rasa tanggapan pembaca betul tapi kenapa perkara macam tu masih berlaku. Dekat situ salah satu point kenapa cerita ini menarik.Untuk watak si psyco dalam cerita ini pula, secara jujur-jujurnya watak tu mengingatkan aku pada satu watak anime ini terutama sekali bila aku baca dialog ini...
" Kau salah Sam. Aku kenal kau lebih mendalam daripada kau mengenali diri sendiri. Sejak idea cerita pertama lagi, aku dah perhatikan kau. You have potential and i admired that....(bla, bla, bla). Aku...aku puja kau kerana tu," kate Leonard dengan nada PELIK. (aku tulis huruf besar sebab dekat sinilah aku teringat watak anime tu)
" Puja?"
" Kau idola aku. Semua ini aku lakukan untuk kau . Hanya untuk kau, Sam...."
Ngeri, m/s 196
Muka sahaja nampak baik dan comel tapi Gasai Yuno ini memang seorang yang sangat psyco. Kalau anda masih ingat lagi entri saya sebelum ini iaitu 6 = Mirai Nikki ( The Future Diari), anda boleh lihat video dekat dalam tu yang menunjukkan salah satu sifat psyco Yuno tu. Cuma yang membezakan Yuno dengan Leonard iaitu Yuno obses dengan Yuki manakala Leonard pula obses dengan jalan cerita yang menarik terutama cerita seram (ikut pemahaman aku) menyebabkan dia begitu tergila-gilakan karya si Sam ini.
Tapi yang pasti cerita ini memang memuaskan dan anda tidak akan sangka penamatnya akan jadi seperti itu. Perlu sentiasa ingat bahawa there is no happily ever after like a princess story in reality.
Tapi yang pasti cerita ini memang memuaskan dan anda tidak akan sangka penamatnya akan jadi seperti itu. Perlu sentiasa ingat bahawa there is no happily ever after like a princess story in reality.
Rating Bintang
Aku bagi 4.5 bintang untuk cerita ini. Lagi 0.5 tu mungkin sebab ketebalan cerita itu. Kalau makin panjang cerita, rasanya mungkin cerita ini boleh jadi lebih menarik terutama sekali dekat bahagian prof dia bagi maklumat dekat pihak polis. Tapi itu pandangan aku sahajalah. Yang pasti si Leonard tu memang psyco gila habis sehingga penyakit psyco dia tu dah berjangkit dengan orang lain. Bukan berjangkit dekat Sam tapi....nak tahu jangan segan silu baca novel ini.
No comments:
Post a Comment