http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Wednesday, June 13, 2012

Resepi Gila Aku

Hari ini aku buat satu lagi kerja gila. Hahahahhaha, memang gila sampai aku fikir 2 kali nak post ke tak dalam blog (baru fikir 2 kali, pppfff). Jadi aku buat keputusan untuk kongsi resepi gila aku yang aku buat malam tadi sebab lapar sangat bila dah balik kerja dan menunggu episod baru Runing Man siap dimuat turun, hihhihihii......Aku namakan resepi aku nie.......hmph...........(nantila aku fikir, tak ada idea)

Memandangkan ini kali pertama tulis resepi dalam blog nie, jadi aku just tunjuk gambar ikut step by step ye. Kalau setakat buka bungkusan pun nak kena letak, baik korang semua makan biskut bayi saje.....


Mula-mula sediakan mangkuk, air panas, maggi, ayam goreng, minyak, sos-sos yang berkaitan. masak maggi guna stail asrama. Aku masak stail asrama sebab aku tak reti masak maggi pakai kuali (berani punya statement aku cakap), serius aku tak pernah masak maggi pakai kuali atau alatan memasak yang sewaktu dengannya. Jadi aku hanya masak pakai air panas sahaja, selamat air panas ada lagi sikit. Aku masak yang baru sebab nanti parents aku marah air panas dah habis. Sambil-sambil tu aku masak sekali ayam goreng segera yang aku jumpa dalam peti sejuk. Ayam goreng lada hitam Ayamas lagi tu, jangan main-main. Hahahahahahaha


Bila maggi dah kembang macam nie, toskan maggi pakai tempat tos tu (suka hati korang la nak tos macam mana). tapi yang penting kena tos. Aku tak suka makan maggi berkuah kecuali darurat ataupun orang rumah aku masak maggi. Kalau aku yang masak, aku tak pernah buat yang berkuah (setakat nie tak pernah lagi sejak aku duduk asrama dekat poli). Peringatan kepada semua peminat tegar maggi, aku nasihatkan tos la dulu maggi tu walaupun korang nak buat maggi berkuah sekalipun sebabnya maggi nie sebelum masak, dia bersalut dengan lilin. Sebab itu dia keras, bila dah cair sebab kena air panas maka lilin tadi tu dah sebati dengan air panas yang kita guna tadi. Sebab itu kena tos dan jangan amalkan selalu makan maggi. Nanti boleh kena KANSER PERUT @ USUS (cerita benar dari pensyarah aku masa sem 1 dan cukuplah 1 kanser je yang aku ada buat masa ini). Lepas tu korang nak tambah air berapa banyak pun tambah la, den tak kisah.


Ini pula ayam goreng lada hitam Ayamas yang aku tengah masak. Aku nie bukannya pandai masak sangat. Jadi aku main golek-golek je ayam tu sampai agak-agak dah masak ke belum. Tadi tengok dalam plastik ayamas tu ada lagi 2 ketul, ingat nak masak dua-dua sekali tapi bila fikir esok kerja petang maybe boleh masak untuk makan tengah hari esok.


Bila dah siap tos maggi semua sambil menunggu ayam siap dimasak, masukkan sos-sos yang korang suka. Cuba teka sos apa yang aku masukkan? Aku tak suka bubuh perencah maggi. Kalau orang rumah aku masak dan dia bubuh, itu aku makan tapi kalau aku masak sendiri, jarang aku bubuh. Selalunya aku buat sos sendiri dan mak aku pernah makan sesuap sahaja sebab tekak dia tak berapa berkenan dengan rasa maggi yang aku buat tu. (ish, demand gila aku bila baca balik perenggan ini). Tapi aku layan juga yang penting tak ada perencah.


Ha, inilah sos-sosnya. Aku bubuh kicap, sos lada hitam dan sos masam manis. Kebetulan terjumpa sos masam manis nie, jadi aku tibai saja bubuh dalam maggi nie, hihihihii. c(= Ok lah, ayam pun dah siap dan dah boleh hidang. Tantada....


Inilah hasilnya, sementara tu aku buat air anlene aku untuk minum. Air nie sebagai ganti ubat aku sebab aku tak suka makan pil banyak-banyak. Terima kasih kepada air susu ini, dokter aku dah kurangkan dos ubat aku (tapi still kena makan ubat dalam bentuk pil juga,) ^O^. Owh, yang kuning-kuning tu aku bubuh pisang. Tak ada kerja la katakan plus dah kata resepi gila. Jadi kenalah gila betul-betul sambil tambah sikit sos cili kat atas ayam goreng tadi.

Dah la, maggi aku pun dah sejuk sebab aku menulis lama sangat. Kalau tak tulis, nanti berhabuk lagi blog aku. Bukan senang nak tulis blog sekarang ini, asyik sibuk sahaja. Sambil makan sambil tengok episod baru Running Man. Bye bye dan wasalam.....^u^

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...