http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Wednesday, June 20, 2012

Minggu Yang Serabut

Sumpah minggu ini antara minggu yang PALING serabut dalam kehidupan kerja aku. Selama aku kerja (tak kira la part time @ permanent), tak pernah aku seserabut macam nie. Minggu serabut aku bukannya bermula pada hari Isnin yang lalu tetapi bermula pada Jumaat, 15 Jun 12 yang lalu (siap tarikh lagi aku bagi). Terpaksa berdepan dengan guest yang banyak songehnya, dengan guest yang mintak benda yang bukan-bukan, mintak benda yang sememangnya tak ada (bayar sikit tapi nak benda banyak-banyak, banyak songeh muka kau), mintak angkat itu angkat ini padahal beg sekerat dua je. Dah nampak semuanya tengah sibuk, orang putih cakap 'busy' tapi masih nak benda-benda yang merapu. Orang dah cakap yang benda sekian-sekian memang tak disediakan dekat hotel, lagi nak diminta benda yang orang cakap tak ada. Lepas tu nak marah maki kita balik, bukannya salah kita benda tu tak ada tapi memang pihak hotel yang tak sediakan keperluan-keperluan tersebut. Itu antara serabut aku dengan perangai guest.

Lepas tu aku serabut dengan pihak atasan, nak itu nak ini macam-macam. Orang dah kata bilik dah tak ada pada masa sekian-sekian, lagi suruh cari bilik juga. Walaupun bukan aku yang kena uruskan benda tu tapi dengar saja dah buat aku serabut. Tak faham-faham lagi ke yang bilik memang dah tak ada? Nak bilik jenis yang mahal-mahal tapi bayar murah, mana boleh!!!!! Kalau bagi juga, siapa yang nak bayar gaji kami nanti? Dah la gaji asas sikit sahaja, nak mengharapkan point perkhidmatan (servis point dalam BI) memang tak la kan....Bila berdepan dengan guest yang ada kabel dengan orang atasan, mulalah guna kuasa itu kuasa ini. Kalau guna kuasa dengan cara baik tak apa, nie guna kuasa nak memaksa-maksa. Siapa yang suka? Bila kita masam muka, mulalah cakap yang kita tak beri perkhidmatan pelanggan yang baiklah itulah inilah....macam-macam.

Hari ini satu lagi perkara yang menimpa kami (aku termasuk opismate aku). Terima laporan dari orang opis atas yang duit yang dorang terima tak cukup pada tarikh sekian-sekian, orang yang post duit pula masuk petang. Jadi terpaksalah tunggu orang tu masuk. Masa tu aku tanya dengan opismate aku (yang rapat dengan akulah),tentang hal ini:

Aku: Duit tak cukup? Berapa banyak? Bila?
Kawan: Ya, duit tak cukup RM500. Tarikh sekian-sekian. Kau kerja bila masa tu?
Aku: Masa tu aku kerja pagi tapi balik petang la, kan masa tu orang rammmmaiii sangat. Terpaksa balik lambat. Jangan-jangan....
Kawan: Apa yang jangan-jangan?
Aku: Ingat tak yang hari tu kita plan nak simpan duit tu dulu dalam 'safety box' kat belakang opis sebab jumlah duit tu banyak sangat. 
Kawan: A ah la, kau simpan lagi tak?
Aku: Simpan lagi la, banyak kot. Patut la hari tu kira banyak sangat lebih. Selamat aku pegang lagi kunci 'safety box' tapi....
Kawan: Tapi apanya?
Aku: Yang lebih tu cuma ada RM405 je. Mana cukup RM500.
Kawan: Ah sudah, habis macam mana? Dah la si pulan tu tak bayar lagi yang hari tu dia pinjam.
Aku: Entah la.

[ Gambar: Hidup penuh dgn dugaan, Kadang-kala tak tahu mana satu yang patut dibuat ]

Petang tadi si pulan mintak kami berkumpul sekejap dan bincang pasal hal ini. Mujur sebelum ini aku cadangkan untuk simpan duit lebih tu sebab takut budak malam akan pakai. Jadi dorang mintak aku yang pegang kunci 'safety box' tu dulu jika berlaku apa-apa kecemasan. Syukur alhamduillah duit tu tak ada siapa-siapa sentuh lagi. Malangnya siapa yang nak bayar lagi RM95 tu? Bukan sikit jumlah dia, banyak wei (bagi kami). Nak bayar pakai duit sendiri, manalah mampu. Gaji pun ciput sahaja, tak pasal-pasal nak guna duit float. Duit float pun dah tenggelam, lagi nak float. Last-last budak-budak nie bermasam muka. Aku tak tahu mana satu nak tolong dan sokong.

Bila aku tak tolong si pulan dan lebih kepada yang lain (sebab aku lebih rapat dengan yang 'lain' + dorang yang banyak ajar aku sepanjang aku kerja dekat sini)., aku mula rasa bersalah, dan bertambah-tambah bersalah bila baca status FB dia. Apa yang 'lain' tu cakap ada betulnya tapi bila kawan kita alami situasi macam tu....tak kan la nak buat tak tahu je? Entah la, nak hulur duit untuk cover tak boleh sebab habuk dalam dompet lagi tebal dari duit. Hmph, entahla.....tak tahu nak buat apa. Si pulan pula sejak dua menja nie asyik kena serang sahaja. Kesian dekat dia tapi tak mampu nak buat apa-apa.....hmph (mengeluh sajalah yang aku mampu) ~_~;

Aku tulis nie sampai tertidur-tidur depan laptop, Ok la, nak rehat dekat bilik, mandi dan buat apa yang patut semua. Harap semuanya akan kembali seperti sedia kala. Aminnn......

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...