http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Tuesday, May 15, 2012

2 = Cekik

Aku dengan beraninya cuba mengupdate entri ini di tempat kerja, dihadapan para tetamu hotel yang berlegar-legar di hadapan kaunter pendaftaran dan macam-macam lagi. Tengah bosan dan tak tahu nak buat apa, jadi aku ingat nak buat satu lagi ulasan mengenai novel yang aku baca (lebih tepat lagi sedang baca). Malangnya aku terpaksa sambung menulis entri ini di rumah pada 2 hari kemudian sebab masa aku sibuk nak menulisla masa itu ramai pula yang nak bertanya itu ini dekat aku....~n~


Sinopsis Buku
Tahun 2020, di Bandar. Warith, pemuda berusia 16 tahun, menerima berita pembunuhan bapanya di Kampung melalui telefon. Imbas kembali Warith sewaktu kecil menonton video porno milik bapanya. Warith kini bersekedudukan dengan teman wanitanya Suria, yang berusia 32 tahun. Dari jendela apartment mereka, Menara Warisan Merdeka kelihatan agam.

Warith pulang ke Kampung dengan Suria. Di kawasan perkuburan, mereka didatangi Detektif Anthony, yang pernah mengenali Suria sewaktu sama-sama gila-gila remaja. Mereka kemudian ke tempat pembunuhan, di mana beberapa rahsia lain akan terbongkar.
CEKIK ialah hidangan pascamoden yang memeranjatkan. Ia mengajak kita merasai apa itu nafsu, apa itu kota, apa itu mi Maggi, McDonalds, khutbah, tudung dan juga liwat.


Sinopsis Aku
Tentang seorang budak bernama Syed Warith yang berumur 16 tahun telah lari dari rumah pada 2 tahun yang lepas. Sekarang dia duduk bersama dengan teman wanita dia yang berumur 30-an dan pernah 'bersama' bebebebebe-rapa kali (berapa banyak ber pun aku tak tahu). Dia lari dari rumah atas sebab yang aku tak pasti sebab aku tak habis lagi. Yang pasti Warith dapat panggilan dari seorang pegawai polis yang memaklumkan bahawa bapanya telah mati dibunuh. Siapa yang bunuhnya, kenapa bapanya dibunuh akan diketahui di akhir cerita ini nanti. (SInopsis yang paling pendek boleh aku buat sendiri sepanjang aku buat review untuk novel dan cerita buat masa ini)

Pendapat aku
Buku ini yang mempunyai 258 muka surat baru sahaja aku baca dalam 3/4 buku, berhenti 2 kali semasa baca sebab tertidur (mungkin sebab aku baca dalam lewat malam) dan yang pastinya buku ini sesuai untuk 21 tahun ke atas SAHAJA. Serius buku ini sangat-sangat tidak sesuai untuk pelajar sekolah menengah dan rendah sebab terlalu banyak adegan seks yang melampaui batasan. Aku yang baca pun kadang kala terbayang sebab aku masih belum masuk ke tahap ini. (Sekarang aku dah habis baca buku nie dan aku tertekan bila dah habis baca).

Jika nak dibandingkan buku-buku Fixi yang aku baca sebelum ini seperti Kelabu dan Dosa (aku akan ulas novel Dosa bila ada kelapangan sebab cerita ini bagus), novel ini terrrrrrrrrrrrrr - lalu banyak adegan seks (adalah dalam 4 - 5 ke atas adegan yang ada) dan juga sesi imbas kembali dari watak yang berbeza-beza membuatkan aku pening semasa membaca. Tambahan lagi nama watak yang diberi amat banyak walaupun watak itu sebenarnya ditujukan kepada satu orang sahaja. Selamat aku boleh agak siapa wataknya, kalau tak mungkin aku tak dapat kenal pasti siapa watak yang dinyatakan.

Aku sangka novel ini sama seperti novel-novel Fixi yang aku baca sebelum ini iaitu permulaan cerita bermula di pertengahan novel ini tapi topik mengenai pembunuhan yang dinyatakan oleh Detektif Anthony (nie lagi sorang yang ada banyak nama dalam novel ini) bermula pada suku terakhir pembacaan buku ini walaupun kisah pembunuhan itu bermula pada suku pertama cerita ini berlangsung. Boleh nampak bukan berapa lama baru kes itu bermula. Semuanya gara-gara terlalu banyak adegan imbas kembali dan macam-macam lagi yang telah aku nyatakan di atas. Aku lupa nak cakap, novel ini juga ada bagi banyak perumpamaan ataupun kata-kata falsafah yang hanya orang-orang yang pakar (mahupun yang cepat tangkap maksudnya) sahaja yang faham. Kadang-kala disebabkan terlalu banyak benda ini, aku akan skip mana-mana bahagian yang aku tak nak baca tapi ada satu bahagian yang aku terasa sedikit masa baca novel ini iaitu:

"Menurut Umberto Eco, filem porno bukan filem yang kamu anggap filem blue atau erotis malah tiada kaitan dengan berapa banyak aurat yang didedahkan dalam sesebuah filem tersebut. Filem porno menurut Eco sebaliknya ditentukan oleh berapa banyak masa yang telah terbuang semasa kamu menonton filem tersebut. Sue (salah seorang watak dalam novel ini) aplikasikan pemahaman Eco ini dalam bentuk penulisan. (Ada beberapa lagi perenggan mengenai ini yang perlu aku skip sebab panjang sangat ). Untuk itu jika kamu rasa sesebuah penulisan novel itu membuang masa lebih daripada apa yang kamu suka, ianya adalah porno."
[ Cekik, m/s 217 - 218 ]

Jadi bila aku baca penyataan ini, nampak sangat aku baca pasal porno atas sebab-sebab yang aku nyatakan di atas tadi (tak perlulah aku tulis berulang-ulang kali, tak pasal-pasal siapa yang  baca  atau terbaca entri ini akan ingat aku ini gila seks). Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang mahu baca novel ini (dan bukan atas sebab banyak adegan senggama) sebab nak tahu siapa yang terbunuh dan membunuh, anda dipersilakan baca tapi aku ulang sekali lagi....UNTUK 21 TAHUN KE ATAS SAHAJA, BUKAN 18 TAHUN MAHUPUN 13 TAHUN KE BAWAH TAPI 21 TAHUN KE ATAS SAHAJA (kalau masih tak faham, jangan salahkan aku).

Ranking bintang
Pada mulanya masa aku tak habis baca lagi novel ini, aku ingat nak bagi 3 bintang atau 2 setengah bintang untuk novel ini. Malangnya bila aku dah sampai muka surat terakhir itu dimana watak utamanya dia nak mati, aku rasa nak cekik-cekik je si watak utama itu sebab dia mati macam tu (sengal bebenar cara dia mati). Disebabkan itu aku bagi 2 bintang sahaja untuk novel ini. Boleh dikatakan bintang yang aku bagi ini merujuk kepada muka depan novel dan adegan Warith larikan diri dari rumah lalu kena tangkap dan disuruh jual bunga api. Pasal agama yang dikupas dalam ini, aku tak nak komen panjang tapi ada sesetengah perkara tentang agama ini yang aku setuju mengikut keadaan sekarang yang berlaku pada belia masa kini yang keliru mengenainya (tapi dalam nie, pengetahuan agama Warith terlalu banyak kena twist). Aduhai, pening kepala aku.... (~_~) ;

2 comments:

lady-D said...

tajuk mcm best tp bile bc sinopsis byk bab2 porno ni tros x minat nk bace..haha

takky said...

2 la yg sayang ye pasal buku nie....
kalau bab2 porno 2 x byk dan x terlalu detail serta konsep imbas kembalinya x terlalu kerap...
buku nie akan jadi best bile baca...

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...