Sempena laptop aku rosak dan gambar dalam phone aku tak boleh nak transfer dalam laptop celok nie, aku terpaksa skip satu episod untuk segmen baru aku ini. Disebabkan aku kerja petang hari ini, aku ambil masa malam tadi untuk tidur lambat sebab nak baca novel Kelabu, hasil karya Nadia Khan dari terbitan Fixi. Yup, i have a few collection from Fixi. Hahahahaha, sebelum aku tulis ulasan aku kan aku nak cilok sikit sinopsi asal dari web Fixi untuk buku ini (ini dah dikira mintak izin la kan). Lepas itu baru aku bagi sinopsis aku.
[ Gambar: Muka depan yang aku cilok dari web ini ]
" Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci…lelaki-perempuan. Apa jadi pada yang di tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku? Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai ‘boyfriend kontrak’, aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata “ya” pada awek cun? Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri? Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia? Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku. Dunia KELABU. "
Sinopsis
Mengisahkan Amir, seorang graduan dari german berkelulusan dalam bidang fotografi yang merupakan watak paling utama dalam novel ini. Dia sama seperti orang lain, sentiasa mahukan kasih sayang daripada orang lain terutama dari orang-orang yang dia sayang tapi dia tak percayakan pada peluang kedua. Pabila ibunya pergi meninggalkan dia dan ayahnya dari kehidupan mereka, sebab kenapa dia tak percaya peluang kedua itu telah muncul dalam hidup dia. Sangkanya bahawa Suhani dapat mengubat hatinya yang lara terpesong sama sekali. Dia dikecewakan lagi dan hanya menganggap bahawa semua ini hanyalah mainan bagi dia sehinggalah dia sangup menerima tawaran daripada Jun atau nama sebenarnya Juliana untuk menjadi 'Boyfriend Kontrak" dia dengan niat untuk mencemburukan teman lelaki asal Jun iaitu Azhar atau nama KL ye Jaha. Namun semua yang dirancang tidak seperti yang disangkakan. Telah berlaku konflik dan masalah seperti pasangan yang bercinta walaupun amir tahu bahawa ianya hanyalah kontrak semata-mata.
Walaupun amir sudah berpengalaman dalam perkara ini tetapi Jun telah mengubah persepsinya dalam hubungan kontrak ini. Mereka telah menjalin hubungan dengan lebih jauh yakni seperti pasangan yang sebenar. Selepas mereka jumpa jalan dan bahagia buat masa itu, Amir mendapat tentangan daripada kawan baiknya iaitu Shah yang merupakan kawan baiknya sejak dari zaman belajar di German lagi. Adakah kerana Shah cemburukan hubungan antara Amir dan Jun? Tidak sama sekali wahai pembaca sekalian. Nak tahu kenapa kawan baik sehidup semati ini tidak merestui hubungan Amir dan Jun, jangan lupa baca novel ini.
Pendapat aku:
Dunia ini memang kelabu pada masa sekarang terutama sekali pada para belia masa kini (cewah, skema gila cakap belia masa kini). Bila kita selalu dah dapat apa yang kita mahukan, kita akan rasa dunia ini tidak adil pabila kita tak dapat perkara kecil yang kita mahukan (aku terasa sikit). Pabila kita rasa orang yang kita mintak nasihat daripadanya untuk kita tapi orang tu pula nasihat kita dalam nada sindir sikit, kita rasa dunia ini tak adil (ok, aku terasa lagi). Bila semua yang kita mahukan dalam hidup kita tak seperti yang kita rancangkan, kita rasa dunia ini tak adil (aku dah terasa banyak nie). Pabila kita fikirkan semuanya sekali tentang perkara-perkara diatas, kita rasakan yang dunia ini tak adil (argh!!!! banyak ye benda yang aku terasa nie). Jadi kesimpulan ringkasnya, kita sebagai manusia ni memang tak pernah puas dengan apa yang kita ada.
Ini baru sikit tapi apa yang disampaikan oleh nadia ini memang menarik malah memang sesuai untuk dibaca oleh budak-budak sekarang. Kata-kata yang sempoi dan bersahaja (tapi semua buku Fixi memang kena bersahajakan?) Memang kusyuk aku baca malam tadi, walaupun dah ngantuk dan mamai, aku gagahkan juga nak baca novel ini walaupun bab-bab terakhir itu seperti memerli aku serba sedikit sebab aku tidur lambat dan tak buat seperti yang watak utama lakukan pada bab-bab terakhir itu.
Jika anda rasa bahawa aku dah menceritakan keseluruhan novel ini, anda silap kerana aku baru sahaja menceritakan separuh sahaja dari novel ini. Memang separuh yang aku ceritakan itu nampak spoilkan mood korang nak baca sebab kisah yang aku ceritakan dalam ini sama seperti kisah cinta yang ada dalam novel-novel cinta yang lain TETAPI (besar tak huruf aku tulis 2?), pertemuan antara Amir dan Jaha telah membuat kisah ini menjadi pesong 180 darjah daripada kisah yang selalu budak-budak yang gila novel baca. Walaupun dalam cerita ini boleh dikatakan plot Jaha dalam novel ini sikit sahaja tapi watak dialah yang mengubah sejarah skrip cerita ini.
Ranking Bintang
Aku bagi 4 setengah bintang bagi novel ini sebab ending dia tak termasuk Maya (bos Amir dalam novel ini). Hahahahha, mengarut saja tapi aku suka sebenarnya watak Maya itu. Happy ending cerita ini pun sikit sahaja dalam satu muka surat yang terakhir tapi muka surat inilah yang membuat anda semua gembira masa nak tidur nanti. Sebelum anda rasa yang anda dah tahu penamat cerita ini, baik anda baca dahulu novel ini sebab Amir bukannya akan berbahagia dengan Jun (tengok, aku dah spoilkan sikit cerita ini lagi). Korang bacalah sendiri nanti dan yang aku pasti korang pasti akan terhibur.
No comments:
Post a Comment