http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Friday, August 24, 2012

Stress Si Penumpang

Alhamdulillah, akhirye selamat juga aku sampai ke rumah daripada kampung. Setelah jauh pergi ke Kedah pada raya ke-3 sebab sepupu kahwin, lepas tu bermalam di Penang pada raya ke-4....akhir ye keluarga aku sampai juga ke KL pada raya ke-5 sebelum sambung perjalanan aktiviti melawat sanak saudara pada keesokkan hari ye...

Aku ingat nak tulis entri panjang hari ini tapi disebabkan aku dah penat (walaupun hanya jadi penumpang sahaja), jadi aku cuba konsikan beberapa point yang boleh aku buat kesimpulan daripada apa yang aku dengar dari bebelan " PILOT " kereta aku hari ini which is ayah aku, hihihiihihih c(=

 [ Gambar:  Rasa macam sesuai la pula dengan entri ini ]

1 - Kereta yang tak sedar bawak pelan tapi lalu lorong kanan

Ayah aku rasa geram saja bila tengok kereta depan dia tadi. Dah tahu bawak pelan, lagi nak duduk lorong kanan. Lorong kanan tu untuk laluan memotong, yang pergi bawak pelan tu buat apa? Ok la, aku berfikiran positif bahawa meter kereta tu kata dia bawak laju TAPI kalau dah 4-5 buah kereta asyik cucuk-cucuk kereta tu, main lip lam lip lam lampu, tak kan masih tak sedar kot? Rasa geram terutama pada kereta Kancil dan Myvi yang bawak slow tadi.

2 - Suka brek mengejut tapi jarak kereta masih jauh.

Mula-mula aku pelik la juga macam mana ayah aku boleh tahu yang jarak kereta depan dia jauh dari kereta depna-depan dia (ye la, tak penah bawak kereta dekat lebuh raya kan....) tapi bila leher ini memanjang, yup memang betul pun sampaikan ada sesetengah kereta yang brek tiba-tiba tu, ayah aku akan potong kereta tu guna lorong kiri. Walaupun ianya salah dari segi undang-undang sebab memotong di laluan kiri, habis kau sangup ke kereta kau kena langgar dari belakang sebab asyik main brek-brek saja? Daripada risaukan undang-undang (gila statement berani mati aku, mampus) lebih baik kau risaukan nyawa kau sebab bila orang depan brek mengejut, secara tak langsung kita juga akan brek mengejut lalu menyebabkan orang belakang kita juga akan brek mengejut. KALAU orang belakang bawak laju, secara logik ye, kemungkinan besar kereta belakang akan rodok (ke sodok ek?) kereta kita dan kita pun terikut juga. Jadi akan ada 3 buah kereta yang mengalami kemalangan dan dapat masuk surat khabar secara percuma....

3 - Lampu kereta belakang banyak tidak berfungsi.

Daripada pemerhatian aku sepanjang perjalanan balik tadi, kebanyakkan kereta banyak yang tidak tahu bahawa sebahagian lampu belakang mereka tidak berfungsi dengan baik. Paling ketara yang aku nampak pada kereta yang berwarna merah tak kira apa jenis kereta sekali pun. Perkara ini turut melibatkan kereta akak aku (kami balik kampung pakai 2 kereta), jadi ayah aku dah cakap dekat akak aku yang esok kena ganti lampu belakang. Akak aku pun cakap perkara yang sama cuma lampu kereta ayah aku dah makin kecik...belum padam habis lagi. (bapak borek, anak rintik) ~~;

4 - Lori/Bas memotong

Dalam hal ini, aku tak pasti siapa yang betul dan siapa yang salah. Semuanya bergantung kepada situasi. Ada sesetengah situasi yang aku tengok, memang patut pun lori/bas tu potong sebab kereta depan dia tu bawak pelan sangat. Ada sesetengah pula yang aku tengok buat aku seram sejuk sebab dengan selamber dek saja bas/lori tu memotong dengan laju, gila ke apa? Macam yang aku katakan pada permulaan tadi, semuanya bergantung pada keadaan dan situasi, tak nak komen banyak-banyak.

Jadi bawaklah kenderaan anda dengan berhati-hati, ingatlah orang yang tersayang dan jangan banyak makan sebelum memandu...nanti ngantuk (penumpang sahaja yang boleh makan banyak tapi bukan co-pilot). Hihihihihi...akhir kata, langgarlah undang-undang bila anda rasa nyawa anda dalam keadaan bahaya (statement berani mati lagi, ampun banyak2 tapi nie realiti...tak apa kan?)

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...