http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Sunday, August 12, 2012

8 = Ghost @ Phantom

 
Sinopsis
Mengisahkan kisah seorang pegawai polis bahagian jenayah siber, Kim Woo Hyun yang merupakan anak kepada pegawai tertinggi di Korea (kalau betul apa yang aku translet). Pada mulanya Woo Hyun bertugas untuk menumpaskan kumpulan perjudian haram atas talian yang semakin berleluasa merangkumi Hong Kong, China  dan Korea Selatan. Namun begitu tangkapan mereka tidak berhasil disebabkan campur tangan Hades, seorang hanker yang popular dengan jenayahnya. Pasukan jenayah siber membuat keputusan untuk menangkap Hades disebabkan dia telah banyak membuat jenayah siber serta mengganggu kerja polis dengan menyelinap masuk ke pangkalan maklumat rahsia kerajaan.

Cerita bermula apabila alamat ID yang pasukan siber dapat kesan untuk menjejaki Hades terletak di lokasi kejadian pembunuhan pelakon dan model terkenal Shin Hyo Jung. Ini menyebabkan pasukan siber terpaksa menangani kes pembunuhan dan bertemu dengan pegawai polis yang digelar Lembu Gila, Kwon Hyuk Joo kerana dia sedang menyiasat kes skandal pelakon tersebut. Mereka semua dapati bahawa Hyo Jung ada menulis status terakhir di Twitter miliknya yang mengatakan dia ingin membunuh diri. Woo Hyun mengarahkan ahli pasukannya iaitu Detektif Yoo Gang Mi untuk menyiasat akaun Twiiter milik model tersebut. Lembu gila berasa geram kerana dia terpaksa bekerjasama dengan Woo Hyuk yang merupakan pasukan polis yang paling dia tak suka.

Ketika mereka semua melaporkan perkara tersebut kepada ketua jabatan polis, ketua mereka membuat keputusan untuk membuat sidang akhbar dengan menyatakan bahawa Shin Hyo Jung mati dengan membunuh diri kerana tiada bukti kukuh yang mengatakan model tersebut mati dibunuh. Namun semuanya menjadi porak peranda apabila secara tiba-tiba tayangan sidang akhbar tersebut bertukar menjadi video Shin Hyo Jung mati dibunuh. Setelah diselidik, mereka dapati bahawa video tersebut dihantar oleh Hades. Sewaktu siasatan terhadap video itu dijalankan, Woo Hyun perasan akan sesuatu yang aneh lalu pergi ke tempat kejadian secara rahsia. Kebetulan pada masa itu juga dia dapat mengesan lokasi Hades. Disebabkan tidak mahu Hades terlepas lagi, dia membuat keputusan untuk menangkap Hades dengan tangannya sendiri. Alangkah terkejutnya dia bila mendapati Hades tersebut merupakan kawan sekolejnya sendiri semasa mereka belajar di Akademik Polis iaitu Park Gi Young yang merupakan wartawan bebas TrueStory. Park Gi Young menceritakan bahawa dia telah diperangkap oleh Phantom dan buat keputusan untuk menyiasatnya sendiri. Kim Woo Yun tidak percaya dan ingin tangkap Gi Young tapi terlepas.

Disebabkan Gi Young ingin membersihkan namanya, dia telah mencuri identiti Woo Hyun untuk menyelinap masuk ke Pejabat Polis Negara disebabkan barang-barang peribadi dia telah dibawa ke sana akibat daripada serbuan pasukan polis jenayah siber di tempat kerjanya. Sewaktu Gi Young sedang memeriksa laptop miliknya secara rahsia di bilik simpanan bukti, dia telah ditahan oleh Detektif Young Gang Mi. Mereka berdua terkejut apabila mendapati fail rahsia yang dihantar oleh Phantom mengandungi video pembunuh pengarah CK Elektronik, Nam Sang Woo dan juga Ketua Jenayah Siber iaitu Kim Woo Hyun turut berada di dalam video tersebut bersama dengan seseorang yang tidak dikenali.

Disebabkan inginkan kebenaran, Park Gi Young telah berjumpa secara rahsia dengan Kim Woo Hyun di sebuah gudang lama. Pertemuan itu membuka rahsia besar Woo Hyun dan dia mengatakan bahawa dia perlu membetulkan kembali kesilapan dahulu. Belum sempat Woo Hyun bercakap, satu letupan telah berlaku dan mereka sedar bahawa letupan tersebut telah dirancang kerana ada kelibat manusia yang lalu semasa letupan tersebut berlaku. Ingin tahu apa yang terjadi selepas itu, siapa yang mati di dalam letupan tersebut dan siapa dalang disebalik pembunuhan Shin Hyo Jung dan Nam Sang Woo serta siapa Phantom yang sebenar...saksikan drama bersiri Korea, Ghost (ataupun Phantom) di mana-mana carian atas talian ataupun di One HD Astro yang sedang ditayangkan sekarang ini. Menampilkan pelakon utamanya iaitu Soo Ji Sub (Kim Woo Hyun), Lee Yeon Hee (Yong Gang Mi), Kwak Do Won (Kwon Hyuk Joo), Daniel Choi (Park Gi Young / Hades) dan ramai lagi.

Pandangan Aku:
Rasanya lepas nie aku dah tak nak buat review cerita korea sebab payah benar nak tulis nama mereka. Nak tulis nama pendek pun kena fikir dua tiga kali. Apa pun jalan cerita dia memang best sangat-sangat walaupun penamat dia agak fedup sikit dan tak masuk akal bagi aku. Teknologi yang digunakan sememangnya hebat dan awesome. Dari situ kita boleh bayangkan bagaimana kerja-kerja polis bahagian siber dijalankan. Cerita ini juga telah membuktikan tindakan aku untuk menampal kertas pada webcam laptop aku ini betul sebab kemungkinan besar orang luar untuk skodeng apa yang kita buat depan laptop adalah tinggi. (Memandangkan aku ini banyak pakai perisian haram, sebab tu aku buat macam tu). 

Cerita ini juga membuat aku minat kepada jenama samsung sebab banyak gila teknologinya yang buat aku teruja masa tengok cerita ini. Aku tak pasti sama ada samsung ada keluarkan produk kamera ataupun tidak tapi aku jadi ' batak'  gila bila tengok Gang Mi hantar gambar ke telefon Woo Hyun guna kamera besar gabak tu saja. Gila awesome dowh.

[ Video: Jom layan lagu tema drama ini dahulu sambil tonton sebahagian adegan cerita ]
 
Dari segi lagu pula (korea kan terkenal dengan lagu KPOP dia), aku suka lagu rancak dia. Lagu nie boleh dikatakan memainkan perana penting jugalah dalam drama ini. Lagu pun sesuai dengan beberapa adegan cerita dalam drama ini macam adegan kejar mengejar, adegan siasat bahan-bahan bukti dan pelbagai lagi. Anda boleh dengarnya di dalam video dekat atas ini. Satu lagi lagu yang aku suka ialah lagu The Phantom of Opera yang dimainkan dalam drama ini. Adalah sikit rasa seram sejuk bila lagu ini dimainkan. Bagi warga Malaysia yang belajar di sekolah menengah sebelum tahun 2009 atau 2010, mereka pasti tahu akan novel The Phantom of Opera ini. Untuk mengetahuan anda, lagu inggeris klasik yang dimainkan dalam cerita inilah lagu tema The Phantom of Opera.
[ Video: Ini traler bagi drama ini, tapi drama dia lagi best dari traler, so better korang tengok drama nie ] 
Ranking Bintang:
Aku bagi 4 setengah bintang bagi drama ini disebabkan jalan ceritanya yang hebat dan tak seperti cerita-cerita yang lain. Walaupun pengakhiran cerita ini buat aku maki dan fedup tapi kira ok la jugak sebab aku rasa teruja untuk tengok cerita ini sebelum masuk ke episod terakhir tu. Bagi sesiapa yang minat dengan siri penyiasatan, peralatan teknologi dan komputer serta cerita-cerita polis ini, aku sarankan anda tengoklah drama bersiri Ghost ini.

8 comments:

Mrs Nurul said...

oii minat kpop rupenyeeee huhuhu

takky said...

bukan la...
org tgk cite nie sebab minat dgn teknologi dia...
cite die mcm drama jepun "Bloody Monday" but bloody monday lagi awesome dia punya IT n efek...

lady-D said...

aku mmg nk tgk cite ni..tajuk dia pun aku dah suka..hehe..tp kene tunggu pas raya baru leh lyn..

takky said...

siyes jln cite die mmg best...
serius best n lagu dia sedap...
walaupun ending die buat ko sakit ati...

LadyG said...

Bwahaha, I also stick a sticker over my laptop webcam for the same reason.

This drama is super-awesome, it's my current obsession.

lady-g-blog.blogspot.com

takky said...

story about IT n technology is awesome...
because sometimes we can't imaging the technology that they use to capture the enemy...
and we don't know if somebody spy on use...

Sebastianajasmine said...

Best drama ni..Kagum bila tengok cara Hades hack akaun diorang..Saya tengok cerita ni bukan sebab k-pop atau apa, cuma jalan crita menarik dan banyak teknologi yg digunakan. HIHI

takky said...

same la dgn aku...
aku suka tgk cite nie sebab teknologi dia...
dan jln cite dia yg lain dari yg lain compare cite yg byk tayang dekat mlasia...

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...