http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Wednesday, May 23, 2012

7 = Another Anime


Sinopsis
Pada pertengahan tahun 1998, seorang pelajar bernama Kouchi Sakakibara berumur 15 tahun telah berpindah ke  'Yomiyama North Junior High School' yang terletak di kampung ibunya jauh dari bandar Tokyo. Dia terpaksa berpindah ke sana kerana ayahnya terpaksa bekerja di India buat sementara waktu dan tiada sesiapa yang dapat menjaganya di Tokyo pada masa tersebut, tambahan pula Sakakibara mengidap sakit jantung yang agak merisaukan. Disebabkan Sakakibara tidak dapat hadir ke kelasnya pada hari pertama persekolahan, ahli jawatankuasa kelasnya telah datang melawat dia sebagai wakil kelas pada hari pertama tersebut. Pada mulanya dia berasa bersyukur kerana mendapat layanan sedemikian tetapi mula merasa pelik pabila cara pandangan dan pertanyaan Izumi Akazawa yang merupakan ketua kelas dia.

Beberapa hari telah berlalu, Sakakibara mula bergaul sapa dengan rakan-rakan sekelasnya. Namun begitu dia merasa hairan kenapa semua rakan sekelasnya tidak bertegur sapa dengan Mei Misaki, salah seorang rakan sekelas dia? Kali pertama Sakaki berjumpa dengna Misaki adalah semasa di hospital. Sakaki ingin bertanya perkara tersebut tetapi pertanyaan beliau tidak dijawab oleh rakan-rakan sekelasnya. Disebabkan perasaan ingin tahu yang kuat, Sakaki telah berbual dengan Misaki walaupun dihalang oleh rakan-rakannya lalu menyebabkan satu sumpahan yang sudah lama terkubur bangkit semula menghantui seluruh kelas Sakaki. Sejak dia mula berbual dengan Misaki, seorang demi seorang ahli keluarga kelas Sakaki mula maut tak kira ahli kelasnya mahupun ahli keluarga pelajar kelas tersebut. 

Keadaan semakin teruk kerana semakin ramai orang yang mula mati menyebabkan seluruh kelas Sakaki terpaksa memulaukan Sakaki demi keselamatan mereka. Namun begitu kematian guru mereka dihadapan mereka membuka mata pelajar kelas tersebut bahawa semua langkah-langkah yang diambil tidak bermakna dan kematian sentiasa mengejar mereka. Bagaimana mereka hendak melepaskan diri? Siapakah Mei Misaki yang sebenarnya? Siapakah yang patut dipersalahkan di dalam hal ini? Saksikan siri 12 episod bertajuk Another Anime di mana-mana saluran internet yang boleh anda tonton. 

Pandangan Aku
Siri misteri seram ini sememangnya sesuai dengan cerita ini. Walaupun pada mulanya agak slow tetapi misterinya mula mengambil bahagian masing-masing didalam cerita ini secara pelahan-laha, boleh kata dalam bahasa orang putihnya kita panggil 'Slow & Steady'. Semasa menonton cerita ini, mindset aku mengatakan bahawa hanya Sakaki sahaja yang boleh nampak Misaki sebab Misaki ini hantu. Tapi bila kematian mula menyelubungi kelas mereka, aku tarik balik kata-kata aku yang Misaki itu hantu sebab kematian itu berlaku semasa Sakaki berborak dengan Misaki. Takkanlah hantu boleh bunuh orang semasa tengah berbual dengan orang lain. Mustahil tapi bila tengok episod 1 - 7, aku pasti ramai yang akan anggap yang Misaki itu separuh hantu (sebab tak tahu dia ni hantu ke tak, baik panggil separuh hantu). 

[ Video: Bahagian terakhir episod 3 ]

Kerana terlalu banyak kematian telah berlaku, Akazawa merasakan bahawa tanggungjawabnya terhadap kelas semakin berat. Dia telah cuba sedaya upaya untuk menggelak kejadian ini berlaku tetapi gagal. Sakaki juga telah menyiasat perkara tersebut dan mendapati guru kelas yang berjaya mengelak peristiwa ini berlaku kepada anakmuridnya pada masa lampau masih hidup, mula mengambil keputusan untuk menyiasat perkara tersebut. Dengan ini dia tidak akan berasa dipulaukan memandangkan semua yang berlaku bukannya salah dia. Pada mulanya Akazawa tak percaya tapi bila peristiwa salah seorang gurunya bunuh diri di depan mereka, Akazzawa mula percaya dan bekerjasama dengan mereka untuk mencari jalan penyelesaian.

[ Video: Bahagian pertama episod 7 ]

Aku rasa aku bukannya bagi pendapat aku tentang cerita ini tapi lebih kepada kisah disebalik video yang aku sertakan. Cerita ini banyak adegan darah melimpah ruah dan juga menyebabkan kita perlu berhati-hati semasa membuat sesuatu seperti berlari di kawasan koridor kelas (bagus untuk takutkan budak-budak sekolah nie), paranoit dengan payung besi, jangan guna telefon semasa di dalam lif dan banyak lagi. Nak dibandingkan cerita ini dengan Mirai Nikki, cerita ini masih boleh ditayangkan di Malaysia (bagi aku la) cuma adegan yang bunuh diri dan darah terpercik sana sini tu perlu dikaburkan sikit. 

Rating Bintang
Aku bagi 4 bintang untuk cerita ini. Pertama sebab cerita dia agak slow sikit masa mula-mula tu, kedua pula kerana episod terakhir dia tak gempak macam episod 11 sebab dia dah tahu siapa yang patut mati. Lagu dia pula aku suka masa chorus. Itu sahaja ulasan daripada seorang amatur tentang cerita ini. Aku kategorikan cerita ini sebagai 13PL sebab budak berumur 13 tahun ke bawah yang nak tengok cerita ini kena ada bimbingan orang tua masa nak tengok.

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...