http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Sunday, April 8, 2012

Serius Sangat-Sangat, Aku Stresssssssss

Masa aku tulis tajuk entri ini, aku rasa stress sangat-sangat sebabkan perkara yang simple dan mudah sahaja. Semua kerja rumah tak dibuat, ada sahaja alasan yang diberi bila aku tanya kenapa tak buat itu, tak buat ini. Aku balik kerja petang tadi dalam pukul 5 tapi banyak kerja yang tak siap lagi, mujur baju yang dah basuh semalam sudah kering dan ada orang yang dah angkat. Thankz sangat-sangat pada orang yang tolong angkat baju tu. Tapi bila aku tengok dalam mesin basuh dan bakul baju kotor, banyak lagi yang belum dilangsaikan dan masa tu aku rasa geram sekejap. Rasa geram ini kemungkinan besar aku terbawa balik dari tempat kerja aku (memang betul2 BETUL geram masa aku kat tempat kerja petang tadi). Disebabkan dah rasa tension sangat, aku terus makan nasi, sambil tengok cerita Power Rangers dekat TV2 dan terus naik bilik dan periksa inbox handphone aku. Periksa punya periksa, sedar-sedar je dah pukul 9 malam (tertidur rupanya masa periksa handphone aku).

 [ Gambar: statement last tu aku kurang setuju sebab nanti kita akan lebih stress tapi tengok kepada situasi la ]

Habis mandi semua dan turun bawah, aku tengok baju dah bersidai dan ada baju yang tengah basuh tapi penutup mesin tak ditutup lagi, niat nak tolong tutupkan tapi bila je tengok baju dalam tu hati yang dah sejuk ni mula mendidih balik. Kenapa nak dibasuh lagi baju yang dah basuh? Aku tanya keluarga aku siapa yang basuh baju tu, Semua bagi alasan yang baju dalam mesin tu baru sahaja basuh dan baju yang dah basuh sudah pun disidai. Aku kata dekat keluarga aku kalau baju tu belum basuh, tak kan rupa baju-baju dalam mesin tu rupa macam dah basuh? Takkanlah baju-baju yang belum basuh tu cantik je dalam mesin basuh tu? Makin banyak alasan aku dapat, makin stress kepala aku lalu aku buat keputusan untuk basuh balik baju tadi disebabkan baju tu dah basah separuh. Lepas aku basuh baju, aku ambik pinggan dan makan nasi, lepas aku lipat baju yang telah diangkat oleh hamba Allah yang aku tak tahu siapa yang angkat baju tadi. Masa tu dalam hati aku cakap:

"Anak je ramai dalam rumah ni tapi seorang pun tak boleh harap, kahwin ke tak kahwin ke sama saja"

Tapi otak aku cuba tenangkan aku dengan berkata:

"Akak sulong aku mungkin kena tengok anak-anak dia, sebab tu dia tak dapat nak buat semua kerja yang ada dalam rumah"

Malangnya hati aku sangkal balik kata-kata otak aku:

"Habis kak lang, adik, parents tak boleh tolong ke buat kerja-kerja tu? Takkan asyik nak tengok cerita korea, baca novel, main games sahaja? Aku tengok cerita Running Man depan laptop pun, ketawa macam orang gila pun sampai kena sound dengan ayah aku pun, tangan aku berjalan juga lipat baju semua. Dah la, malas nak fikir banyak-banyak. Buat sakit hati saja. Hati sakit, penyakit aku nanti lagi teruk merebak, jadi baik aku lupakan sahaja dan buat saja kerja aku. Lepas ni jangan nak harap keluarga nak tolong buat kerja rumah. Kalau nak tolong pun, hanya abah je yang mampu nak tolong mana yang mampu"

Bila fikir balik kalau diikutkan hati dan logik akal aku, semua kerja yang dah siap masa aku balik rumah lepas kerja tadi, semuanya telah diselesaikan oleh ayah aku. Tadi pun ayah aku dah tolong buang sampah dalam pukul 11.30 malam tadi. Aku selalunya buang sampah dan kunci pintu pagar dalam pukul 12 malam atau lebih tapi ayah aku dah buat semua itu dan dia minta akak aku tolong kuncikan pintu pagar. Kadang-kadang rasa kesian dekat ayah aku sebab kerja jauh-jauh, selalu kena outstation tapi bila balik rumah dia juga yang kena tolong buat kerja rumah. Anak dara semua tak boleh diharap (termasuk adik lelaki aku tu). Itu pendapat baik aku, pendapat nakal aku pula cakap (owh, aku padam balik ayat yang aku nak tulis sebab rasa mengaibkan sangat la pula).

Apa-apa pun rasa marah aku tadi dah reda balik kembali masa aku tengok cerekarama dekat TV3. Aku update blog depan TV, jadi masa untuk update blog tadi terbantut sekejap sebab asyik tonton TV, masa iklan pula aku baca entri baru Kak Zara dan Kak Neon. Pada kak Neon, harap tabah ye dengan dugaan yang akak terima tu. Saya bangga dengan kak Zara dan kak Neon sebab mereka kuat dalam hadapi dugaan yang banyak ini walaupun mereka perempuan. Rasa malu tu adalah sikit tapi nak buat macam mana, kalau dah alone tu means forever alone. Dah cari orang yang ikhlas tu payah sekarang ini. Apa aku dah melalut ni? Maaf ye.

Akhir sekali masa aku nak update sambil hati rasa geram atas apa yang berlaku hari ini, aku terfikir:

"Kenapa perangai orang yang selalu solat dan banyak buat amal tak seperti yang dicerminkan? Orang yang selalu jaga solat ni mestilah selalu tolong menolong, jaga antara satu sama lain, bantu membantu dan banyak lagi aspek positif yang lain tapi semuanya terbalik dari yang dijangkakan. Yang malas solat pula terpaksa kejar sana kejar sini, buat itu buat ini tapi apa pun tak dapat. Kebaikkan orang yang malas solat ini telah menjadi kelebihan orang yang rajin solat atau dengan makna lain Lembu Punya Susu, Sapi Yang Dapat Nama"

Sampai sini saja tulisan aku untuk hari ini. Sebelum aku habiskan kata-kata terakhir, aku nak ucapkan tahniah kepada diri aku kerana berjaya membuat entri yang ke-200 pada hari ini setelah 2 tahun lebih berada dalam dunia blog ini dan aku bercadang nak letak iklan Nuffnang dalam blog ini sebab aku nak cari duit sampingan melalui blog aku. Walaupun blog aku ni tak popular macam blog orang lain tapi aku tak kisah. Lagipun memang aku tak berniat nak orang ramai baca blog aku. Siapa yang singgah dan baca tu, aku hargai sebab sudi baca diari hodoh aku ni walaupun anda semua tak tinggalkan kesan jejak disini. Ok la, nak tidur dulu, esok masuk kerja pukul 12 dan habis pukul 8 malam. Selamat Malam dan Wasalam ^O^

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...