http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Saturday, April 28, 2012

6 = Mirai Nikki ( The Future Diary )


Sinopsis
Mengisahkan mengenai seorang pelajar, Amano Yukiteru atau lebih dikenali sebagai Yuki yang terlalu obses dengan diari telefon bimbitnya. Disebabkan beliau terlalu obses dengan telefon bimbitnya, Yuki telah dipinggirkan oleh kawan-kawan sekelasnya disebabkan tidak bergaul dengan orang lain. Pada satu hari Yuki dapati bahawa kawan khayalannya, Deus Ex Machina iaitu dewa ruang dan masa telah membuat diari telefon bimbitnya boleh meramal masa depan. Dengan adanya kuasa ramalan ini, Yuki sudah tidak perlu risau akan kejadian buli, jawapan peperiksaan, dan pelbagai lagi kerana dia tahu apa yang akan berlaku di kawasan persekitarannya. Disebabkan terlalu gembira dengan kuasa barunya, Yuki telah menggunakan kuasanya sehabis mungkin sehinggalah diarinya menunjukkan waktu kematiannya yang mengatakan bahawa dia akan mati dibunuh oleh pembunuh bersiri.

Disebabkan terlalu takut yang ramalan itu akan menjadi kenyataan, Yuki cuba mengelak daripada membuat perkara yang dinyatakan didalam diari itu tetapi tidak berhasil. Malah dia juga mula sedar bahawa dia telah diekori oleh  pembunuh bersiri tersebut melalui diari telefon bimbitnya. Yuki telah lari sehingga masuk ke dalam sebuah bangunan kosong kerana destinasi tersebut tiada didalam diarinya. Namun malangnya ramalan diarinya bertukar dan masih mengatakan bahawa Yuki akan mati dibunuh sehinggalah seorang rakan sekelasnya, Gasai Yuno muncul di depan lif tersebut dan  menjelaskan bahawa dia akan selamat selagi Yuki bersama dengannya kerana Yuno juga mempunyai kuasa ramalan yang sama seperti Yuki. Disebabkan Yuki terlalu takut, dia terima sahaja apa yang Yuno katakan dan mengikut rancangan Yuno. Atas sebab-sebab tertentu, pembunuh bersiri yang mahu menyerang Yuki telah lenyap di depan mata Yuno dan Yuki serta mendapat tahu bahawa takdir mati Yuki telah berpindah kepada pembunuh bersiri tersebut.
Disebabkan Yuki selamat daripada ramalan matinya, rakan khayalan Yuki iaitu Deus Ex Machina telah menjemput Yuki ke Royale Battle sambil memberi tahu bahawa dia dan 10 lagi orang misteri telah masuk dalam satu permainan hidup mati dimana pemenangnya akan mengganti kedudukan dewa tersebut. Deus juga telah memberi gelaran Pertama kepada Yuki kerana dialah orang pertama yang telah berjaya mengubah takdirnya dengan menewaskan pemain Num. 11 iaitu pembunuh bersiri tersebut. Kerana gelaran yang Deus berikan kepada Yuki, semua pemain mula memburu Yuki demi matlamat peribadi masing-masing kecuali Yuno yang sentiasa ingin bersama Yuki.

Pada mulanya semua berjalan dengan lancar bagi semua pemegang ramalan diari namun satu tindakan Yuki telah mengubah kesemua ramalan diari pemilik lain menyebabkan takdir semua pemain tidak dapat disangka,malah buruan Yuki menjadi semakin ligat sehingga kematian ramai orang termasuk orang kesayangan Yuki. Semua kejadian ini menyebabkan Yuki mula menjadi seperti pemain-pemain lain namun pengakhirannya tidak seperti yang Yuki fikirkan (termasuk aku dan im VERY shock). Nak tahu lebih lanjut, saksikan Mirai Nikki sebanyak 26 episode (mungkin akan ada siri 2) di mana-mana laman web anime secara online di internet.

Pandangan Aku
Memang seram sikit la kalau tengok dalam waktu malam-malam buta bagi sesetengah episod terutama bila tindakan Yuki menyebabkan semua pemilik ramalan diari bertukar. Sebenarnya cerita ini dah lama habis dalam 2-3 minggu lepas tapi aku masih tunggu, mana tahu ada sambungan siri 2 tapi tak ada. Aku rasa tak banyak yang boleh aku bagi pandangan untuk cerita ini sebab sinopsis yang aku bagi tadi boleh dikatakan hampir keseluruhan cerita bagi episod 1. Namun begitu, jangan risau sebab aku boleh katakan yang cerita ini bermula ketragisannya masa tindakan yang Yuki lakukan ini. Senang cerita, aku tunjukkan episod yang Yuki ubah semua ramalan pemilik diari agar sesiapa yang baca entri nie berminat nak tonton cerita ini.


[ Video dari koleksi aku: Lebihkan tumpuan kepada minit 17.40 ]

Macam mana, minat tak? Bahagian yang menyeramkan tu berada pada akhir episod ini. Jadi bagi orang seperti aku yang suka meletakkan diri sebagai watak utama semasa menonton membuatkan jantung cepat berdebar-debar (sampai aku risau kalau-kalau jantung aku buat hal) ditambah lagi aku tonton semua episod siri ini lepas pukul 12.30pagi - 1pagi dan ke atas. Apa lagi ye nak tulis sebab pandangan aku nie pendek sangat la....
Anime je jenis black anime (anime gelap), jadi adegan-adegan kejam memang ada cuma dia sensorkan sikit-sikit bahagian tersebut. Jadi aku sarankan agar budak-budak bawah PMR (at least la)  perlu ditemani oleh orang yang lebih tua, paling afdal ditemani orang tua yang berumur 18 tahun ke atas. Kalau nak tonton juga tanpa bimbingan orang tua, tolong jangan terlalu emosi dan psyco masa tonton cerita ini. Biasalah sebab budak-budak sekarangkan senang terpengaruh dengan cerita-cerita kini.
Masa aku tonton cerita ini, aku ingat aku dah dapat agak tentang penamat cerita tapi semuanya meleset. Yang lebih menyedihkan aku, watak utamanya terpaksa hadapi cabaran yang terlalu besar dan demi orang yang tersayang, dia terpaksa korbankan segalanya. Saat aku sangka episod ini akan tamat meleset bila minggu seterusnya terdapat sambungan cerita ini lagi. Sebab itu aku tunggu lagi dalam 2-3 minggu ini, takut-takut ada lagi sambungan dia tapi hampa. Ini bermakna cerita ini sudah pun tamat dan sesiapa yang nak tonton tidak perlu risau sebab cerita ini sudah sampai ke penghujungnya, tak perlu tertunggu-tunggu macam aku.

Rating Bintang 
Aku bagi 4 setengah bintang sebab cerita ini memang best tapi tak semua orang suka cerita seram bukan lagi-lagi cerita seram nie dalam bentuk anime. Rasanya kalau Malaysia nak tayangkan cerita ini mungkin kena fikir 2-3 kali sama ada boleh tayangkan atau tidak.. Satu lagi sebab ialah watak dalam cerita ini lebih kepada watak pelajar sekolah menengah rendah, jadi aku risau ada sebahagian daripada lingkugan umur ini akan terpengaruh dengan aksi-aksi ini. Mana lagi setengah bintang? Lagi setengah tu aku tak suka sebab  lagu dia tak berapa menarik minat aku. Scene-scene lagu tu best tapi lagunya tak membuat aku minat dengan lagu dia. itu sahaja. Apapun, jangan lupa saksikan Mirai Nikki di mana-mana laman web online macam anime44 atau animecrazy atau mana-mana sahaja. 

p/s: entri di update semula pada 18 Ogos 2012 sebab video yang aku letak telah dibuang oleh youtube.

4 comments:

redlomo said...

wah...menarik2....

takky said...

thankz redlomo....

lady-D said...

best2..dla suke cite gini..mesti ade komik dia kan..dh lama x bli komik..tua2 gini pun suke baca taw manga jepun ni..hehe

takky said...

serius cite nie best....
x mcm cite2 len...
ade aje surprise kat middle of d story...
sume benda yg kite sangka akan berlaku dlm cite nie akan meleset bila dh sampai kat tgh2 cite...

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...