http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Wednesday, September 11, 2024

Healing di Sakura Spa

Awal bulan september lepas, aku buat kerja gila which is cari dekat google kot2 wujud 24/7 spa yang ada kat Malaysia ni. Turn out is exit ye. 

Welcome to SAKURA SPA


Dulu asal ye nama spa ni OSSOTO SPA based on google r tapi lepas covid hari tu, dia dah tukar nama jadi SAKURA SPA. Aku memang plan nak buat kerja gila bila ada 2hari cuti berterusan which is offday n restday n kebetulan dalam otak ni nak pergi berendam n tido dekat spa macam dekat korea. Itu yang google kot2 wujud spa macam tu kat Malaysia. Boleh google Sakura Spa untuk tahu lokasi dia dekat mana.

Harga dia terbahagi kepada 2 iaitu hari biasa n hari minggu dan untuk hari tersebut jugak, kita boleh pilih sama ada nak pakej urut kaki sahaja , urut badan penuh atau tak nak urut langsung a.k.a entry fees sahaja. Masa aku pergi hari tu, aku ambik pakej entry fees sahaja sebab pergi hari biasa. Bila aku cek balik harga yang dorang tawarkan...siapa yang nak ambik service urut, better ambik pakej yang dia offer sebab harga add on dia sangat berbeza compare harga dalam pakej.

Ni dah dikira harga per NETT. Boleh guna semua fasiliti yang dorang offer macam dalam gambar yang kabur ni.

Ini pula harga pakej sekali urut per NETT. Pakej (F) tu untuk foot massage manakala (B) tu untuk body massage 

Harga add on kalau tak ambik dengan pakej yang dorang offer. Add on ni tak include tax lagi taw.


Maybe lepas ni aku nak cuba pergi pada hujung minggu pula sebabkan ada Free Foot Bath Therapy untuk hujung minggu. Kalau ada ongkos lebih, boleh sauk sekali dengan servis urut dia untuk hujung minggu tu sebab dah tahu harga pakej lagi berbaloi dari harga original.

Bangunan dia dalam wisma putra. Bila korang pergi sana, just tekan je lif tingkat 5 n boleh buat bayaran di kaunter masuk. Pakai cash boleh, kad boleh, QR pay pun boleh tak salah aku, cuma tak pasti ewallet apa je yang boleh pakai. Untuk parking pula, ada 2 jenis parking boleh guna iaitu parking sendiri ataupun valet parking. Untuk parking sendiri, dia ikut per hour RM2 n harga untuk 1hari penuh ialah RM10. Cuma ye untuk dapatkan harga fullday RM10 ni, kena pastikan kad parking tu dicop masa daftar masuk kat spa tu n bayar secara TUNAI sahaja dekat pondok parking masa keluar nanti. Untuk valet parking pulak, sekali masuk kena bayar RM15 dan boleh bayar sama ada tunai ataupun qr scan. Kad debit tak dilayan sebab tak ada mesin kad disitu.

Stay dalam spa ni bukan macam stay dalam hotel tahu, dia tak boleh suka-suka hati nak keluar masuk premis. Korang memang kena stay sahaja dalam ni n kalau dah keluar means babai r jawab ye. 

Waktu operasi fasiliti n cek out sebelum 12tengah hari. If dah keluar awal, dah tak boleh nak masuk balik rasa ye.


Abes tu, nak makan macam mana? Tak perlu risau sebab dorang memang ada sediakan makanan dalam tu. Bagi mereka yang muslim, tak perlu risau sebab makanan yang dorang sediakan adalah Halal. Bila waktu makan tu nanti, dorang akan letak signage list makanan halal yang dah diiktiraf oleh JAKIM dekat kawasan menu makanan tersebut.

Waktu makan bermula dari lunch dulu, then dinner n last skali baru breakfast


Nak buat apa je kat situ selain berendam? Kat premis ni ada pelbagai aktiviti boleh buat. Premis Spa ni ada 4 Level yang bermula dari Level 5, turun ke 4, then 3 n last sekali Level 2. Level 1 tak ada, maybe untuk pekerja sahaja atau kawasan parking, wallahualam. Cumanya untuk Level 2 tu lebih kepada kawasan untuk berurut. Kalau nak tidur, korang boleh tidur dekat SofaBed di Level 3. Bagi muslim yang nak solat, tak perlu risau sebab surau disediakan di Level 4 bersebelahan je dengan kantin makanan dorang ni. 

Setiap level ada tulis fasiliti yang dorang sediakan.

Untuk Level 2, kawasan ni lebih kepada kawasan untuk berurut n tidur sebenar ye tapi masa aku pergi tu, dia just open untuk siapa yang dah book urut sahaja. Level 3 pula lebih kepada sosial area iaitu cinema, game section, hangout area a.k.a small kafe (kafe ke? boleh r assume macam tu sebab kena bayar kalau nak request) n kaunter untuk daftar add on massage kalau tetiba nak massage service. Level 4 pula lebih kepada MeTime area iaitu kawasan makan, siber cafe n surau which is free service manakala karaoke, barber n nail shop adalah berbayar. Untuk Level 5 ni lebih kepada pendaftaran n kawasan basah dorang yang mana dibahagi kepada jantina lelaki dan perempuan SAHAJA (yang jenis patah2 or acah2 jadi abg2, sila kembali ke fitrah asal). Ada certain hari dalam sebulan tu, dorang akan buat pertukaran tempat spa a.k.a spa swapping.

Kawasan spa, jakuzi n wet area lelaki akan bertukar dengan kawasan perempuan on certain day bagi merasai pengalaman yang berbeza.


Kate ye kawasan spa lelaki lagi besar dari spa perempuan. Sebab tu dorang buat 'spa swapping' ni sebab nak bagi pelanggan dorang merasa servis dan fasiliti yang dorang tawarkan.

Walaupun spa kat sini bukan r kena full naked macam kat korea n jepun tapi since customer dorang majoritinya cina, so adegan freeshow tu normal sebab few of them ni tak kisah pun nak tayang bila sesama jantina sebab dah culture dorang. Kalau ternampak tu, just tundukkan pandangan anda melainkan nak join sekaki? itu terpulang pada diri masing-masing. Dah besar panjangkan, pandai2 r fikir.

P/s: Sila bawak full powerbank siap² sebab susah nak cari power soket disitu untuk charged handphone melainkan ada usb kabel nak cucuk dekat pc siber cafe. Tapi kalau dah siber cafe penuh, nak cas tepon kat mana? So bawak je as backup.

Wednesday, July 31, 2024

Hidup Mati Itu Pasti Tapi Bagaimana Kita Hadapi?

Hidup dan mati itu pasti. Persoalan ialah bagaimana kita akan tempuhi fasa tersebut. Bagi kelahiran, ada yang menyambutnya dengan gembira dan ada juga yang menyambutnya dalam keadaan kusut disebabkan oleh masalah ekonomi. Persoalan kali ini adalah bagaimana kita nak berhadapan dengan situasi dimana kehidupan dan kematian berlaku dalam waktu terdekat?

Kisah ye 2hari lepas, sepupu aku selamat dapat anak lelaki/perempuan (aku pun dah lupa) tapi yang pasti semua orang gembira. Dok tengah2 wish sampai la semalam, dapat khabar duka yang sepupu aku yang lain meninggal pula, kena jangkitan bacterial pnemonia dengarnya . Yang ralat ialah parents dia masih hidup dan dorang sememangnya happy family. Aku boleh bayangkan bertapa sedih dorang pada waktu tersebut, malangnya aku tak tahu nak respond macam mana pada waktu tu sebab ye ianya secara tiba-tiba. Adalah terbaca dekat whatsapp story mak arwah yang dia masih cuba redha dengan segala pinjaman yang Allah berikan walaupun sakit, cumanya terkilan kenapa bukan dorang yang pergi dulu tapi anak dorang yang menyusul dulu.


Kitaran Hidup Memang Tidak Dapat Dijangka

Tak terbayang dalam fikiran bahawa anak yang dorang mandikan sewaktu kecil dulu kini dimandikan sebagai jenazah pulak. Ya allah, kau kuatkanlah iman mereka dan ringankanlah azab arwah sepupuku ini. 

Tak sangka air mata terus menitis setelah sekian lama tahan lepas mula tulis entri ini. Mungkin ini cara yang dapat aku lepaskan kesedihan atas peristiwa yang berlaku ini. Buat sementara waktu ni, memang aku cuba tahan untuk post apa2 perkara yang gembira dekat sosial media sebagai tanda hormat aku pada keluarga arwah.

Sunday, July 7, 2024

Datang Bersihkan Sawang Blog

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entah angin apa yang tetiba datang kat aku hari ni, tetiba tergerak hati nak bukak blog aku ni. Tak sangka last aku update blog ni on 2021 and now middle 2024. Aku pun dah lupa style n setting yang aku guna dalam penulisan blog aku ni.

Jumlah orang baca blog aku based on hari, minggu dan bulan ni 

For those tetiba baca entri aku ni, aku nak ucapkan terima kasih. Mana aku tahu ada orang baca blog aku? Blog sekarang ni boleh fungsi statistik, dia boleh tahu berapa ramai yang datang tengok blog aku ni and im also shocked.

Ramai betul tengok blog aku on 3rd july, rasa macam termasuk je ni.
 Bukan depa baca pun

Apa yang aku nak membebel ek dah alang2 buka blog ni untuk menulis? Just hope orang yang baca entri aku ni dapat doakan aku pada tahun 2024 ni boleh dapat young rich handsome sado setia sugar daddy or gorgeous rich sugar mummy yang boleh jaga + tanggung aku fizikal+mental+rohani+jasmani+zahir+batin+luaran+dalaman aku ni hingga dunia ni dah tak ada rupa macam dunia lagi. Tak boleh belah permintaan aku ni tapi dalam hati memang ini yang aku harapkan. Dont dare to judge me without knowing who i am.

Ok la, bye2.

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...