http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Saturday, October 25, 2014

Meh Follow Instagram Aku....

Seriusly sekarang ini aku tersangat malas nak update cerita bagai semua, itu belum lagi nak menulis panjang-panjang dalam blog nie. Blog aku nie cuma buka atau login semata-mata untuk baca entry blog lain sahaja. Keinginan menulis tu memang ada cuma tahap kemalasan tu dah sampai pangkal hidung barangkali.


Jadi untuk terbit cerita dengan lebih cepat, ringkas, padat dan tepat, mari follow Instagram aku, umur instagram aku tak ada la lama sangat. Kira-kira baru masuk 2 bulan kalau ikut tarikh aku tulis entry ini. Apa yang aku suka guna instagram sebab boleh post gamba dan tulis sikit caption apa ko nak cakap based on gamba tu. Tak payah nak tulis panjang-panjang sangat. Idea nak menulis tu tak makin hilang dalam diri nie.

Setakat nie aku cuba hidupkan style Instagram aku dengan gaya melancong macam destinasi aku melancong dan apa yang aku makan kat certain tempat. Kadang-kadang ade la sikit aku post gamba tentang apa aku buat dekat universiti aku dan masa aku tengah belajar. Cuma yang aku tak berapa suka tentang IG nie ialah dia cuma tunjuk berapa minggu atau hari kita upload gambar dalam tu dan bukan ye tarikh kita upload gambar, jadi aku nie kadang-kadang ternganga bila la aku update gamba nie sebenarnya.

Tapi yang paling penting aku kena bersedia sebabnya bila aku cerita tentang ini, maknanya aku dah bersedia nak dedahkan siapa diri aku yang sebenarnya a.k.a korang dah boleh nak tengok siapa la pemilik blog yang suka tulis mengarut dan suka tulis karya-karya picisan nie saja.

Nak tengok apa je cerita yang aku buat dekat Instagram? Boleh search nama IG aku "ryusuketsubasa", memang aku pakai nama nie masa daftar, hari tu nak try tuka tapi habis gamba-gamba sebelum nie hilang entah ke mana. Jadi tak jadi nak tukar nama dan gamba lama kembali kepada asal. Setakat nie masa aku periksa tadi, cuma aku sorang je yang guna nama pelik nie. Jadi kalau ada siapa-siapa yang guna nama IG aku nie DAN pakai gamba aku tanpa kebenaran, siap la korang....nanti aku saman RM30juta, hahhahhahah (siapa la yang ingin ambil gamba ko tu Takky?? Malang ye la orang yang ambik gamba hodoh kau tu)

Ok la, nanti kalau aku sangat betul-betul-betul dan beeetttuuuuuuuuullllllllllllll rajin, aku akan cuba update lagi entry blog nie. Selamat malam

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...